ARKIB : 10/06/2012
Annuar bidas FAM
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa membidas jawatankuasa pasukan kebangsaan yang gagal menyediakan pelan induk lengkap yang menyebabkan ranking skuad negara terus merosot.
Menurutnya, pelan induk perlu dirangka sekurang-kurangnya tiga tahun lebih awal bagi mendapatkan hasil memberangsangkan.
Sekiranya FAM masih mengamalkan cara seperti yang dilakukan sekarang, Annuar berpendapat prestasi pasukan kebangsaan tidak akan berubah.
"Jika hendak maju, kita perlu ada perancangan dan ia perlu dibuat secara bersama bukannya secara individu. Semua pihak juga perlu tahu serta ada hitam putih apakah perancangan yang dibuat.
"Sebagai contoh, Jepun mempunyai pelan iaitu sasaran bagi 50 tahun dan mereka berjaya mencapainya kerana mempunyai perancangan teliti.
"Namun apa yang saya tahu sehingga hari ini jawatankuasa pasukan kebangsaan tidak pernah mengadakan mesyuarat," katanya di sini, semalam.
Beliau menghadiri program amal Red Warriors dan Jabatan kebajikan Masyarakat bersama Masyarakat di Kampung Pak Rahmat, Mukim Seterpa di sini.
Annuar mengulas pasukan kebangsaan yang hanya mampu seri dalam dua aksi persahabatan menentang Filipina dan Singapura.
Annuar memberitahu, kaedah tersebut juga digunapakai ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sehingga berjaya menjulang Piala Thomas pada 1992.
"Saya dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika itu Tan Sri Elyas Omar membentangkan kertas kerja dikenali sebagai TUO iaitu Thomas, Uber dan Olimpik.
"Kertas kerja tersebut dirangka untuk tempoh tiga tahun dan akhirnya kita berjaya membawa pulang Piala Thomas dan mendapat pingat pertama Olimpik," ujarnya.
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Chong Wei rangkul kejuaraan kelima
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











