ARKIB : 10/06/2012
Perakam waktu guna telefon bimbit
Jika sekarang seorang pekerja perlu berjalan ke pintu utama pejabat untuk ke mesin perakam waktu walaupun tempat kerja mereka jauh dari situ.
Kesulitan berlaku apabila terdapat pekerja wanita yang hamil, pekerja yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) atau pekerja yang sakit seperti menggunakan tongkat.
Justeru penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mohd. Hariz Naim dan Zolidah Kasiran menyelesaikan masalah berkenaan dengan membangunkan kad perakam waktu yang boleh dikesan menerusi telefon bimbit.
"Produk yang dinamakan Wireless Mobile Attendance System (WMAS) boleh digunakan sama ada untuk pekerja atau pelajar terutama di institut pengajian tinggi.
"Apa yang perlu hanyalah telefon yang mempunyai WiFi dan perisian WMAS tanpa menukar sebarang perkakasan," kata Mohd Hariz semasa ditemui di Pameran ITEX 2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Perisian WMAS boleh mengesan isyarat WiFi dalam lingkungan 100 meter mengikut kesesuaian majikan.
"WMAS hanya memerlukan sokongan WiFi dalam pengambilan kedatangan pekerja atau pelajar," katanya.
Bagi mencatatkan kedatangan pihak pengurusan hanya perlu menyambungkan peranti mereka yang berkenaan ke sebuah rangkaian WiFi khas dan mendaftarkan kedatangan mereka melaluinya.
Selain itu, pihak pengurusan juga boleh menyediakan sebuah sistem bagi menyimpan data untuk keperluan masa depan.
"Melalui sistem yang dibangunkan oleh UiTM ini, kami mensasarkan untuk mengurangkan masalah yang sering dihadapi apabila mengambil kedatangan, di samping data kedatangan tersimpan dengan selamat pada pelayan," katanya.
Peningkatan bilangan pengguna telefon pintar setiap hari WMAS tidak sukar untuk dilaksanakan.
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









