ARKIB : 10/06/2012
Muzium pelik
MANUSIA sememangnya mempunyai perangai dan kelakuan yang boleh dikategorikan sebagai pelik. 'Kepelikan' manusia itu adakala dilihat oleh sesetengah orang sebagai unik dan menakjubkan, namun ada juga yang menganggapnya sebagai menggelikan, jijik dan jelik.
Elemen itu juga jarang diketengahkan oleh mana-mana pameran, namun ia menjadi tema pemilik Museum of Old and New Art (MONA) di Hobart, Australia, ketika membina muzium tersebut.
Muzium tersebut yang turut digelar sebagai 'taman tema Disneyland' untuk orang dewasa itu, mempamerkan hasil-hasil seni yang aneh dan pelik antaranya mumia Mesir dan karya penggiat seni muda Britain seperti Chris Ofili dan Jenny Saville.
Setiap bahan pameran di muzium berkenaan juga dikatakan mampu 'menyerang' deria manusia menerusi elemen pelik yang dipaparkan.
Muzium yang terletak di Hobart, Australia dan mula dibuka pada tahun lepas itu, dimiliki oleh seorang hartawan tempatan, David Walsh.
Walsh disifatkan bukan seorang pengumpul hasil seni yang normal dan lebih menakjubkan beliau tidak mempedulikan pandangan dan tanggapan orang terhadapnya.
Kejutan pertama kepada pelawat yang ingin ke muzium tersebut adalah bangunan itu sendiri kerana ia sukar untuk dijumpai.
Pelawat ke estet Walsh seluas 2.4 hektar itu hanya akan melihat sebuah restoran terletak di hujung cenuram, ladang anggur dan lapan astaka yang menawarkan kemudahan mewah, tetapi tiada tanda-tanda kewujudan bangunan muzium itu.
Ini kerana muzium tersebut terletak di bawah tanah dengan hanya sebuah pintu masuk kecil yang membawa pengunjung ke tangga dan lif.
Namun, jangan sangka muzium itu kecil kerana MONA sangat besar dengan keluasan ruang pameran 6,000 kaki persegi dan terdiri daripada tiga tingkat. Muzium itu dilapor menempatkan 400 hasil seni dari koleksi peribadi Walsh.
Antara koleksi beliau adalah lukisan oleh Sidney Noland bertajuk Snake dan The Holy Virgin Mary yang dilukis Ofili.
Namun, hasil seni paling mendapat perhatian adalah rekaan oleh artis Belgium, Wim Delvoye bertajuk Cloaca Professional', yang dilabel sebagai 'poo-machine' kerana ia merupai fungsi sistem pencernaan makanan manusia.
Pengunjung berpeluang melihat bagaimana mesin itu memproses makanan bermula dengan pencernaan sehinggalah ia dikumuhkan kepada air kencing dan najis.
Mesin itu juga menghasilkan najis menyerupai hasil perkumuhan manusia, dengan bau yang kurang menyenangkan.
Selain itu, lukisan bertajuk Matrik oleh Jenny Saville juga menjadi sebutan kerana ia memaparkan seorang lelaki transgender berada dalam keadaan bogel.
Dengan pameran bahan-bahan tersebut, ia jelas memenuhi tema yang ingin diketengahkan oleh Walsh iaitu elemen mengejutkan, menghina dan menghiburkan.
Fishing Bay Resort gamit pengunjung
Pakej pelancongan terbaik Muslim
Khao San pusat backpacker
Berjumpa lagi di Dusseldorf dan Cologne
Beca selepas 70 tahun
Kini hanya jadi produk pelancongan popular
Waris seni pertukangan beca
Hiasan cecah ribuan ringgit
Amalan khurafat jadi 'pelaris'
Nasi lemak istimewa Anggun Fusion
Keindahan Gugusan Labian
Peserta Gerbang Cinta ke China
Istanbul Aku Datang!
Ros Thaif di kelambu Kaabah
Umpama berada di alam fantasi
Enaknya Nasi Arab 3 Rasa
Seronok bercuti bersama keluarga
Percutian penuh keinsafan
Merenda impian di United Kingdom
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









