VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 09/06/2012

Dadah: Wanita Malaysia ditahan di Bangkok direkrut warga Nigeria

Noor Rashid

KUALA LUMPUR 8 Jun - Polis percaya wanita Malaysia yang ditahan di Bangkok, Thailand bersama dadah seberat 4.8 kilogram bernilai AS$500,000 (RM1.55 juta) kelmarin, merupakan keldai dadah yang direkrut oleh sindiket pengedaran dadah didalangi warga Nigeria.

Malah, suspek Noor Shahidah Osman, 47, dipercayai turut mengetahui bahawa 11 beg tangan yang disimpan dalam bagasi yang dibawa mengandungi dadah meskipun mendakwa tidak mengetahui perkara tersebut semasa membeli beg tangan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya percaya suspek merupakan antara wanita tempatan yang dijadikan mangsa oleh sindiket dadah antarabangsa didalangi lelaki warga Nigeria untuk menyeludup dadah.

Beliau berkata, taktik menggunakan wanita tempatan sebagai kurier dadah oleh warga Nigeria memang sudah lama berlaku di negara ini dan banyak kali didedahkan dalam media massa sebelum ini.

"Namun, amat mengecewakan apabila pendedahan mengenai kisah malang menimpa keldai dadah yang didedahkan sebelum ini, gagal memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia terutama golongan wanita yang sudah terpikat dengan jejaka Afrika.

"Sebagai contoh, kes terbaru membabitkan wanita yang ditangkap di Bangkok kelmarin, jelas menunjukkan bahawa masih ramai lagi gadis Malaysia tidak mengambil iktibar daripada nasib malang menimpa rakan senegara yang diberkas di luar negara sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, agensi berita asing di Bangkok melaporkan, seorang wanita Malaysia ditahan dalam satu rampasan terbesar dadah jenis methamphetamine di lapangan terbang Bangkok, kelmarin.

Menurut Pengarah Biro Siasatan Kastam Thailand, Rakop Srisupaat, Noor Shahidah ditangkap selepas dadah seberat 4.8 kilogram bernilai AS$500,000 (RM1.5 juta) ditemui dalam begnya ketika dia tiba dari Benin, Afrika Barat.

Beliau berkata, dadah yang dipercayai akan dijual di Bangkok, ditemui disembunyikan dalam 11 beg tangan yang disimpan dalam bagasi wanita itu tetapi suspek mendakwa tidak menyedari dadah tersebut disembunyikan di dalamnya semasa membeli beg tangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dimaklumkan mengenai tangkapan tersebut oleh pihak berkuasa Thailand dan akan berusaha membantu mengesan sindiket terlibat dalam pengedaran dadah itu jika mereka berada di negara ini.

Beliau berkata, sindiket pengedaran dadah dari Nigeria memang mencari mangsa di kalangan wanita tempatan untuk direkrut sebagai keldai dadah bagi membantu mereka membawa dadah ke luar negara atau masuk ke Malaysia dengan cara memikat mangsa terlebih dahulu.

"Warga Nigeria yang berada di negara ini akan mencari mangsa yang kebiasaannya berusia lingkungan 30-an melalui Internet, kedai kopi atau restoran.

"Melalui perkenalan itu, mereka akan cuba memikat mangsa sehingga jatuh cinta dengan memberi layanan istimewa seperti membeli hadiah mahal dan membawa mereka melancong," katanya.

Menurutnya, setelah mangsa jatuh cinta, sindiket terbabit akan mempengaruhi wanita tersebut agar sanggup direkrut menjadi keldai dadah untuk membantu mereka membawa dadah masuk ke Malaysia atau lain-lain negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.