VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 09/06/2012

SME Factors bakal lancar produk sektor swasta

PETALING JAYA 8 Jun - Syarikat kewangan, SME Factors akan melancarkan produk baru pembiayaan untuk projek sektor swasta.

Produk baru berkenaan sudah berada di peringkat akhir penghasilannya dan ia dijangka dilancarkan tiga bulan lagi.

Sebelum ini bantuan dana yang ditawarkan oleh SME Factors kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hanya melibatkan projek-projek berkaitan kerajaan, syarikat milik kerajaan dan badan berkanun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Zed Al-Qudsy berkata, penawaran pembiayaan bagi sektor swasta menyaksikan syarikat baru seperti SME Factors bakal menghadapi cabaran besar.

"Melihat ke hadapan, SME Factors perlu menawarkan produk baru untuk sektor ini kerana peluangnya lebih dan permintaan yang jauh lebih besar.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai kontraktor sebelum ini, kontraktor kecil yang mendapat kontrak swasta berdepan risiko yang lebih besar dan mereka sangat memerlukan dana untuk modal berbayar," katanya kepada pemberita hari ini.

Berhubung sumber dana yang digunakan SME Factors, Syed Zed berkata, syarikat berkenaan memperolehinya daripada bank tempatan dan luar negara.

Katanya, jumlah dana yang bakal diperuntukkan untuk produk baru berkenaan mungkin lebih besar daripada dana SMEsuccess yang dilancarkan sebelum ini iaitu sebanyak RM200 juta.

"Jumlah dana tidak menjadi masalah kerana ia boleh bertambah dari semasa ke semasa, bergantung kepada permintaan," jelasnya.

Beliau berkata, bagi memudahkan SME Factors berhubung dengan PKS untuk produk baru, syarikat berkenaan akan mula membuka lima buah cawangan yang dikenali Pusat Pengurusan Pelanggan.

"Ketika ini kami sudah memiliki sebuah di Damansara Utama. Lima lagi akan dibuka di Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Kuantan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi SMEsuccess yang dilancarkan bulan lalu, Syed Zed berkata, sambutannya sangat menggalakkan dan syarikat telah menubuhkan bantuan tambahan iaitu Seminar SMEsuccess bagi membantu peserta.

"Dana RM200 juta yang diperuntukkan dijangka habis penghujung tahun ini dan kami akan gandakan jumlahnya menjelang tahun hadapan," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.