ARKIB : 07/06/2012
Ibu kekuatan Pandelela
SEJAK dari muda lagi Hartini Lamim memang takut untuk memandu kereta kerana baginya berada di tengah-tengah jalan raya dengan kenderaan bersimpang- siur sesuatu yang cukup menggerunkan.
Namun perasaan takut tersebut terpaksa dilontar jauh-jauh demi anak perempuan kesayangannya.
“Ibu sanggup belajar memandu supaya dapat menghantar saya ke pusat latihan. Itu antara pengorbanan besar ibu. Saya sangat bertuah menjadi anak ibu kerana dia seorang yang kuat dan sabar melayan kerenah saya sehingga ke hari ini," kata Pandelela Rinong, 19, mengenai pengorbanan ibunya .
Bercerita dengan lebih lanjut, atlet terjun kebanggaan negara itu mengakui hubungan mereka berdua sangat rapat sejak dia kecil lagi.
Jika bersama-sama mereka boleh bercerita apa sahaja topik dan ibunya seorang yang kelakar dan pandai berjenaka.
Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui dia sangat menghargai jasa ibunya yang sanggup berkorban segala-galanya demi membantu dia mencapai kejayaan dalam sukan terjun sehingga ke tahap sekarang.
“Walaupun ibu tidak pernah merungut tetapi saya tetap bersimpati padanya kerana terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk memastikan saya berjaya sehingga ke peringkat ini.
“Saya tahu, banyak perkara yang terpaksa ibu korbankan dalam hidupnya seperti masa, minatnya terhadap sesuatu perkara dan tenaga.
“Tetapi ibu langsung tidak kisah kerana baginya masa depan anak-anak lebih penting berbanding dirinya sendiri," kata Lela pada majlis kempen Thank You Mom oleh Procter & Gamble (P&G) dalam usaha menghargai jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar ibu.
Pandelela dan ibunya, Hartini, telah berkongsi cerita di sebalik kejayaannya terpilih mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012.
Jaguh terjun negara itu telah diiktiraf sebagai atlet wanita terbaik ekoran kecemerlangannya meraih pingat perak di Kejohanan Terjun Siri Dunia Moscow pada tahun lalu, serta pingat perak dan gangsa di temasya Universiad Shengzhen, seterusnya melayakkan diri ke Olimpik.
Sementara itu, Hartini, 44, mengakui dia berbangga kerana pengorbanan dan usaha keras anaknya selama ini membuahkan hasil sehingga berjaya mewakili negara dalam sukan olimpik.
“Ketika kanak-kanak Lela sangat aktif berlari dan gemar bermain air tambahan rumah kami berdekatan dengan sungai.
“Ketika berumur empat tahun Lela (panggilan untuk Pandelela) sudah pandai berenang dan berani menyelam dan terjun di dalam sungai bersama rakan-rakannya
“Perasaan seorang ibu melihat anak bermain air di usia sebegitu memang risau dengan keselamatannya. Saya pernah memarahi Lela dan menghalangnya daripada bermain air tetapi akibatnya Lela menangis dan merajuk," katanya.
Tambahnya lagi, dia mula mengesan bakat anaknya dalam sukan ini ketika berumur tujuh tahun iaitu selepas dia terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara sukan terjun.
Kemudian ketika berumur 14 tahun, Pandelela telah memasuki Sekolah Sukan Bukit jalil dan meneruskan minatnya sehingga sekarang.
Menurut Hartini, tidak apa yang dapat diungkapkan selain perasaan bangga apabila pertama kali melihat anaknya menyertai sukan terjun walaupun ketika itu wujud perasaan risau dengan keselamatannya.
“Walaupun gembira saat itu, namun pada masa yang sama saya juga risau kerana Lela perlu terjun dalam jarak 10 meter kerana ketika itu dia masih kanak-kanak.
“Kerana takut saya tidak melihatnya ketika sedang terjun dan hanya menunggu di luar sahaja. Lama kelamaan saya sudah biasa dan yakin dengan bakat yang dimiliki oleh Lela," katanya.
Sementara itu Pandelela berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang atlet negara dalam usia yang muda sepertinya kerana banyak perkara yang perlu dikorbankan.
“Jika remaja lain mempunyai masa untuk bersuka ria tetapi berlainan dengan atlet seperti kami kerana setiap hari perlu menjalani latihan untuk meningkatkan stamina.
“Walaupun perlu menjalani latihan setiap hari, tetapi ia tidak menjadi beban kepada kerana saya memang meminati sukan ini dan menganggapnya sebagai tanggungjawab yang perlu digalas untuk negara," katanya.
Tambahnya lagi, untuk menjadi seorang atlet yang berjaya seseorang itu perlulah ghairah, sentiasa bekerja keras dan berdisiplin ketika melakukan latihan.
Baginya, sekadar bakat tetapi jika tidak berdisiplin ketika melakukan latihan dan mematuhi arahan jurulatih sukar untuk berjaya dalam apa juga sukan yang diceburi.
Katanya, walaupun tidak menduga terpilih untuk ke sukan Olimpik akan datang tetapi dia akan cuba sebaik mungkin untuk menjulang nama negara tercinta.
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Pandelela nobat wanita Malaysia di persada dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










