ARKIB : 05/06/2012
Isu Nizar: Pemuda Pas salahkan Kosmo!
IPOH 4 Jun - Bangkai gajah hendak ditutup dengan nyiru.
Mungkin itu perumpamaan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan Dewan Pemuda Pas Perak mempertahankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Raja Yusof hari ini menuding jari kepada Kosmo! kerana mendakwa isu tersebut mula disiarkan di akhbar berkenaan pada 28 Mei lalu menerusi karikatur bertajuk Plat berharga RM500,000.
Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat turut mendakwa, akhbar berkenaan sekali lagi telah menyiarkan karikatur berunsur sama pada 30 Mei lalu dengan tajuk WWW 1 paling mahal.
Agak melucukan apabila beliau mengandaikan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu mungkin terpengaruh dengan karikatur berkenaan sebelum membuat kenyataannya di laman sosial Twitter.
"Kosmo! akhbar media perdana ini telah dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia berbanding Twitter yang dibaca oleh orang-orang tertentu sahaja.
"Saya juga mengandaikan ucapan beliau mungkin terpengaruh dengan akhbar ini kerana Mohammad Nizar membuat kenyataan itu pada pukul 4.07 petang iaitu selepas kenyataan yang dibuat oleh Kosmo!," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, hari ini.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak, Safarizal Saleh terhadap Kosmo! supaya akhbar itu disiasat sekiranya karikatur berkenaan didapati berkaitan dengan Akta Hasutan.
Malaysia Spring dirancang awal
Usaha damaikan Najib-Anwar hanya buang masa
Nik Nazmi tidak mengaku salah
Pas akui dasar belum sempurna
Perhimpunan di Padang Kota Lama ditolak
Guan Eng didesak minta maaf kepada masyarakat India
Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X
Minta MCA tidak pecat Siew Kiong
Pas lapang dada terima keputusan PRU-13
Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
BN terima keputusan Joseph Salang tolak jawatan
Pas terima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan Allah
Gerakan bukan 'political salesman' - Kohilan
Jusuf rintis Najib, Anwar damai
SPDP masih ada ruang
Kelantan sambut baik Kabinet
Pas terima hakikat menang, kalah dalam pilihan raya umum
Pas Terengganu ucap tahniah
Pelantikan tiga Ahli Parlimen Terengganu suatu sejarah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









