ARKIB : 04/06/2012
Keroncong hidup sepanjang zaman
JUMAAT lalu semasa menghadiri acara bulanan Baca Puisi Pena di Rumah Pena Kuala Lumpur, penyair dan penyanyi Sani Sudin menghulurkan album baru dia bersama Ahmad Ramli, Pohon. Sani anggota trio Kopratasa terkenal dengan lagu-lagu puisi, tetapi album Pohon bukan sahaja puisi malah digubah dalam irama keroncong.
Album yang tidak memiliki ciri-ciri mewah ini wajar dimiliki. Bukan sahaja kerana dinyanyikan oleh dua penyanyi lagu puisi hebat ini tetapi juga kerana iramanya mengembalikan pada era kegemilangan keroncong sebelum merdeka. Lagu-lagu dalam album ini ada yang baru dicipta dan juga lagu lama tetapi semuanya dikeroncongkan.
Tetapi mungkin ada yang bertanya, kenapa keroncong? Kenapa tidak irama semasa yang menjadi kegilaan remaja ketika ini? Misalnya seperti lagu-lagu ciptaan Yuna yang khabarnya sangat digemari ketika ini. Tetapi kenapa keroncong dianggap ketinggalan zaman? Benarkah mencipta lagu keroncong ketinggalan zaman atau zaman telah meninggalkan mereka yang tidak dapat menghayati keroncong?
Jangan terkejut kalau dikatakan keroncong mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia bermula seawal penjajahan Portugis di Melaka dan Portugis mendarat di Kampung Tugu, utara Jakarta pada era yang sama. Ketika itulah irama asas keroncong tercipta yang kemudian mengalami perubahan demi perubahan hingga kini. Walaupun dikatakan bermula dengan ciri-ciri irama Portugis tetapi proses asimilasi menjadikan keroncong muzik warisan Melayu Nusantara.
Pada zaman sebelum merdeka, keroncong telah menyatukan Malaya dan Indonesia. Keroncong menjadi milik bersama. Lagu-lagu keroncong hebat Indonesia seperti Keroncong Kemayuran, Solo Waktu Malam atau Bengawan Solo diminati oleh rakyat kedua-dua negara. Keroncong bukan sekadar hiburan tetapi menyampaikan pesan perjuangan pada zaman penjajah.
Pencipta lagu tersohor Indonesia, Pak Gesang misalnya menggunakan lagu keroncong untuk meniupkan semangat patriotik kepada bangsa Indonesia menyayangi negaranya. Lagu Bengawan Solo yang diilhamkan daripada keindahan Sungai Solo membuatkan siapa sahaja jatuh cinta kepada Indonesia. Di jiwa anak bangsa Indonesia, negara itu adalah yang terindah dan menentang siapa sahaja yang mahu menjajahnya.
Kerana itu jangan malu mengaku meminati lagu keroncong kerana yang tahu menilai sahaja yang meminatinya. Dalam konteks Nusantara, ia adalah lagu jazz yang popular di New Orleans membawa suara perjuangan kaum kulit hitam membebaskan diri daripada penindasan.
Keroncong juga membawa perjuangan. Maknanya keroncong mempunyai kehebatan tetapi ditenggelamkan oleh kegilaan kepada muzik moden yang tidak ada kaitan dengan kita. Tahniah kepada Sani dan Ahmad Ramli yang memilih keroncong untuk diketengahkan biarpun tidak popular.
Aura pemimpin muda di Kedah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan KPM-KPT
Impian Anwar, penganjur demonstrasi jalanan
Ketegasan Zahid ada asas
Ugutan anarki: Bagaimana tindakan PDRM?
Musim berlembut sudah berakhir!
Politik geram, sentimen kaum tak ke mana...
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Eloklah bersabar menunggu tempoh empat atau lima tahun lagi
YB Sabah harus ingat perihal 'menang tipis'
‘Retreat’ untuk serangan baru
Media sosial penggalak undang-undang koboi
Anwar sekadar ‘kuda tunggangan’ DAP
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Cahaya di hujung terowong untuk Pas
Said Zahari nasionalis cekal sepanjang zaman
Anwar patut bersara
Ketibas dalam cuaca panas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









