ARKIB : 04/06/2012
Berbasikal sokong 1Murid 1Sukan
Program Jelajah Amal Berbasikal 1Malaysia (JAB1M) anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat, Johor yang ditaja oleh syarikat Shaklee Malaysia bukan sahaja menyokong dasar 1Murid 1Sukan malah turut menggalakkan gaya hidup aktif di kalangan pelajar.
Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee, Victor Lim berkata, penganjuran ekspedisi itu bertujuan untuk menggalakkan pelajar supaya lebih cergas dan mengamalkan gaya hidup aktif dengan bersukan khususnya berbasikal di samping membantu mereka mengekalkan prestasi akademik.
"Melalui program ini diharap dapat menonjolkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan berbasikal di kalangan para pelajar mahupun orang awam di negara kita selain dapat menjaga kesihatan diri juga alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Ekspedisi JAB1M itu merupakan lanjutan penganjuran program "Berbasikal Jelajah Johor 2011" yang bertujuan menggalakkan aktiviti berbasikal sebagai salah satu kegiatan sukan di kalangan pelajar negeri itu.
Program tahun lalu hanya melibatkan para pelajar dan guru-guru daripada SMK Tinggi Batu Pahat sahaja namun tahun ini ia turut melibatkan pelajar dari sekolah-sekolah menengah di sekitar daerah Batu Pahat.
Menurut Victor, inisiatif pihak SMK Tinggi Batu Pahat melibatkan golongan muda dan para pelajar sekolah dalam ekspedisi ini patut dicontohi oleh sekolah lain.
"Penganjurannya amat baik sekali kerana ia telah berjaya mendorong mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan belia di luar Johor melalui kejayaan aktiviti berbasikal tahun lalu," ujarnya.
Jelas beliau, JAB1M selama tujuh hari enam malam itu berlangsung dari 24 Mei dan berakhir pada 30 Mei yang lalu merentasi tujuh peringkat laluan iaitu Batu Pahat-Kuantan sejauh 300 kilometer (km), Kuantan-Jertih (300 km), Jertih-Kangar (95 km), Kangar-Teluk Intan (270 km), Teluk Intan-Selangor (150 km), Selangor-Melaka (120 km) dan akhir sekali Melaka-Batu Pahat (71 km).
"Di sepanjang perjalanan, para peserta turut melaksanakan pelbagai aktiviti dan kerja amal seperti di Rumah Anak Yatim, Batu Pahat; Madrasah Tahfiz, Kuantan; Pusat Jagaan Pertubuhan Warga Tua, Jerteh dan Pusat Jagaan Hembusan Kasih (Kanak-kanak) di Arau.
"Para peserta juga terlibat membantu menanam pokok di Paya Indah Wetlands, Dengkil sebagai sebahagian daripada tajaan penanaman pokok selama tiga tahun atas kerjasama antara Shaklee Malaysia dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
"Dianggarkan seramai 100 orang terlibat pada program penjelajahan berbasikal ini dari kalangan pelajar Jelajah Johor 2011, pelajar sekolah-sekolah menengah di Batu Pahat serta pegawai pengiring termasuk guru, penaja, rakan media dan petugas," terang beliau.
Ekspedisi Jelajah Amal Berbasikal 1Malaysia dilancarkan secara rasminya oleh Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad di sekolah itu baru-baru ini.
Noraini bersama Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, Ab. Rahim Lamin, Pengetua SMK Tinggi Batu Pahat, Misli Rosbadi dan Victor Lim melancarkan program dengan kayuhan mesra sejauh 1.5 km bersama peserta bagi menandakan pelancaran program tersebut.
Selain itu, Shaklee Malaysia melihat pentingnya atlet muda mendapat produk pemakanan yang berkualiti untuk kekal sihat dan makan secara seimbang.
Oleh sebab itu Shaklee Malaysia bukan sahaja menaja wang tetapi juga menyediakan produk pemakanan kesihatan kepada sepuluh atlet peluncur kebangsaan untuk tempoh setahun.
Pemantapan sahsiah remaja
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









