ARKIB : 04/06/2012
Risiko ditipu belian online lebih besar
KUALA LUMPUR 3 Jun - Pengguna harus berhati-hati ketika melakukan pembelian secara online kerana risiko ditipu adalah lebih besar.
Perkara ini terbukti apabila Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 443 aduan membabitkan penipuan pembelian secara online pada 2011 berbanding 288 aduan tahun sebelumnya.
Daripada 443 aduan yang diterima tahun lalu, sebanyak 98 kes membabitkan kekurangan maklumat penjual, kelewatan tidak munasabah (81), pemulangan semula wang dan barangan (74), cubaan untuk mengelirukan pelanggan (71), kes penipuan (60) dan perkhidmatan buruk (59).
Pengurus Kanan NCCC, M. Matheevani berkata, tidak semua urusan jual beli dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati, mereka boleh menjadi mangsa.
Katanya, kebanyakan kes penipuan dilaporkan menggunakan laman web jenis platform yang penjualnya tidak berdaftar dan tidak bertanggungjawab ke atas barangan jualannya.
"Kini laman sosial juga dijadikan medan perniagaan. Kita boleh lihat pelbagai barangan dijual seperti kain, tudung, beg tangan, kasut, pakaian, minyak wangi dan telefon bimbit.
"Apa yang menghairankan, pengguna mudah tertarik dan percaya terhadap apa yang mereka lihat. Kebanyakan mereka tidak sedar akaun peniaga tersebut boleh ditutup pada bila-bila masa," katanya di sini baru-baru ini.
Matheevani berkata, masalah itu timbul kerana ketiadaan garis panduan termasuk akta yang lemah menyebabkan kes-kes penipuan dan salah laku semakin membimbangkan.
Jelasnya, Akta Perdagangan Elektronik 2006 (e-Dagang) yang sedia ada tidak berupaya melindungi pengguna yang menggunakan perkhidmatan serta pembelian dalam talian.
"NCCC berharap kerajaan dapat meminda Akta e-Dagang bagi memastikan pengguna dilindungi daripada menjadi mangsa penipuan yang semakin berleluasa ketika ini," katanya.
Wajah sedih peniaga segar dalam ingatan
Batal percutian, bergegas pulang
‘Mujur tutup kedai awal’
Bagaikan babak filem The Towering Inferno
Putera Minangkabau tuntut hak
Tangga jadi strategi keselamatan
Arkitek baru kagum seni bina lama
Peristiwa aneh di kamar istana lama
Saksi kehebatan pemerintah Melayu
Dua 'permata' yang terus lenyap
Popular kerana sajian enak mi udang
Industri tertua Kuala Sepetang
Menjejak ikan lumba-lumba di muara
Pencetus projek rumah pangsa
Rumah pangsa simbol negara membangun
Memori berpindah ke 'sarang merpati'
Razak Mansion dalam dunia tersendiri
'Harta' yang ditinggalkan
Industri bijih timah janji pulangan lumayan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









