VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
LAPORAN KHAS

ARKIB : 04/06/2012

Rakyat Malaysia belanja RM2 bilion

MEMBELI belah secara online kini semakin mudah menerusi penggunaan pelbagai enjin carian dalam Internet. gambar hiasan

KUALA LUMPUR 3 Jun - Rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM2 bilion untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan atau produk yang diiklankan di Internet sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM800 juta atau 40 peratus adalah bagi barangan yang diiklankan di laman-laman web antarabangsa.

Menurut Pengarah Ada Vista Sdn. Bhd, Azli Paat, peningkatan perbelanjaan tersebut didorong oleh minat atau permintaan untuk mendapatkan barangan berjenama pada harga lebih murah.

"Tabiat membeli-belah secara online juga semakin popular di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Anak saya misalnya, dia minat memanah tetapi harga peralatan sukan tersebut dalam negara sangat mahal.

"Jadi dia membeli menerusi online dan sekitar RM300 dapat dijimatkan jika membuat pembelian melalui laman-laman web di luar negara," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Azli berkata, trend membeli-belah secara online di Malaysia berkembang pesat semenjak penggunaan Internet meningkat dalam tempoh 10 tahun lalu yang secara tidak langsung mengubah gaya hidup masyarakat di negara ini.

"Apabila generasi muda semakin mudah mengakses Internet, mereka mengubah trend klasik membeli-belah. Secara tidak langsung, menggalakkan usahawan dalam talian muncul.

"Gaya hidup ini semakin popular kerana ia mudah, menjimatkan masa dan efisien serta mampu menjangkaui pilihan sedia ada," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih menasihatkan pengguna Internet lebih berhati-hati ketika membuat pembelian bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

Paling penting, tegasnya, pembeli harus mengurangkan perasaan tamak supaya tidak mudah terpedaya dengan helah yang digunakan 'peragut' di dunia siber.

"Pada saya, bukan orang lain yang menipu tetapi diri kita sendiri disebabkan sikap tamak dan mudah terpedaya dengan iklan jualan murah.

"Contohnya, jika harga telefon bimbit yang dijual di pasaran adalah RM2,400 jangan pula mudah terpedaya terutamanya golongan pelajar sekiranya mendapat diskaun sebanyak RM1,000," katanya.

Kata Azli, elemen ketetapan masa adalah antara taktik yang sering digunakan oleh para penjual di online bagi mempengaruhi pembeli supaya membuat keputusan tanpa berfikir lebih panjang.

Sehubungan itu ujar beliau, mendapatkan pandangan orang lain ketika membuat pembelian adalah amat penting supaya tidak tertipu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.