ARKIB : 03/06/2012
Bisik-Bisik:Sampah Selangor
DI simpang tiga Gombak, Selangor menghala jalan lama ke Karak, terdapat sepanduk yang tertera: ‘‘Bersihkan sampah di tempat kami dulu, baru cerita pasal Bersih 3.0.’’
Sepanduk itu dipasang oleh para penduduk yang kecewa dengan pengurusan sampah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Ungkapan tersebut jelas bernada sinikal kepada pakatan pembangkang yang ghairah menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 tetapi gagal menangani isu pokok melibatkan kepentingan rakyat.
Belum pernah berlaku dalam sejarah, di banyak kawasan di seluruh pelosok Selangor, penduduk bangkit membantah kerajaan negeri kerana masalah sampah.
Longgokan sampah yang berhari-hari tidak dipungut, bau busuk dan pemandangan yang menyakitkan mata - sudah menjadi wajah Selangor. Sayang sekali, dulu negeri tersebut dikagumi kerana kebersihan tetapi kini tidak lagi. Ia seperti berundur 20 tahun ke belakang.
Kegagalan pengurusan sampah di Selangor yang turut melimpah ke saliran seperti longkang mengakibatkan semakin kerap berlaku banjir kilat di daerah yang selama ini sukar dinaiki air seperti Kajang dan Kelang. Malah ia menjadi isu kesihatan yang membimbangkan. Terdapat lebih 4,000 kes denggi di Selangor sehingga pertengahan Mei, meningkat sekali ganda dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Kalau sampah tidak mampu diuruskan dengan cekap, bagaimana mahu mentadbir negara? - Awang Selamat
Isyarat ke arah perpaduan Melayu
Jangan sudah terhantuk baru terngadah
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Bila capai status gemilang, terlupa nilai-nilai murni?
Kenapa fobia apologetik dan berbalah lagi?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Demi rakyat, tiada lagi kompromi
Bukan saja gopoh tapi merosakkan
Kuatkan kembali perpaduan belia
Menyerlahkan peranan orang muda
Rasis hanyalah persepsi keadaan semasa
Adam Adli yang tiada apa-apa istimewanya
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kota Bharu, di mana lagi silapnya?
ISU-ISU AKHBAR CINA
Hina, cabar Raja Berperlembagaan
Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang
Ketandusan pelapis sang juara
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









