VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 01/06/2012

21 kawasan diwarta zon larangan merokok

JOHOR BAHRU 31 Mei - Sebanyak 21 kawasan di sekitar bandar raya ini dan Nusajaya diwartakan sebagai zon larangan merokok dan akan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, antara kawasan zon larangan merokok yang telah diwartakan adalah Hutan Bandar Mutiara Rini di Skudai, bangunan kerajaan, universiti serta beberapa hotel di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata, pihaknya turut melancarkan program Johor Bebas Asap Rokok (JBAR) hari ini bagi membantu kerajaan negeri memperluaskan zon larangan merokok di negeri ini.

"Kerajaan negeri menerusi program JBAR komited untuk menyediakan persekitaran yang bersih, segar dan selesa serta bebas daripada asap rokok kepada penduduk.

"Justeru, kita akan terus memperluaskan lagi zon larangan merokok ini bukan sahaja di Johor Bahru, malah di daerah lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program JBAR dan Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Mohd. Azrai Kassim.

Abdul Ghani berkata, pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan sempena program JBAR bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya asap rokok khususnya kepada kanak-kanak.

Menurutnya, pelbagai pihak khususnya syarikat swasta diminta menyokong usaha kerajaan negeri dengan mewartakan premis masing-masing sebagai zon larangan merokok.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.