VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/06/2012

Syarikat penjagaan kesihatan tawar potongan 50 peratus kerusi urut badan

KUALA LUMPUR 31 Mei - Pemenang utama Peraduan Kumpul dan Menang Utusan Malaysia Edisi Merah F, Noor Alam Pa'Wan, 56, teruja dan tidak menyangka akan memenangi hadiah utama kerusi urut tajaan GINTELL (M) Sdn. Bhd. bernilai RM21,988.

Bekas pendaftar sebuah kolej swasta dari Bandar Tun Razak itu juga menganggap kemenangan itu sebagai hadiah hari bapa pada 6 Jun ini.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur menerima hadiah ini kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada saya, malah kami sekeluarga turut merasai kesihatan yang baik daripada produk ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menerima hadiah tersebut daripada Pengurus Operasi Jualannya, Michael Low.

Bersempena dengan hari bapa, syarikat penjagaan kesihatan terkemuka itu turut menawarkan potongan harga menarik melebihi 50 peratus untuk kerusi urut badan Octopus bagi model De' Aero dengan harga promosi bernilai RM11,988.

Michael berkata, kerusi urut mewah yang direka khas dengan fungsi inovasi chiro medic itu dapat memenuhi keselesaan serta memberi penjagaan tambahan tulang belakang.

"Kerusi De AERO Octopus Massage ini ditampilkan dengan kombinasi lapan fungsi akan membantu pelanggan untuk menjaga kesihatan meliputi keseluruhan badan," katanya.

Antara lapan fungsi yang dilengkapi dalam mesin urut tersebut ialah refleksologi guasa, hips swing, regangan pinggang atau dipanggil regangan Thai 230 darjah, Double-x-Twist, urutan tiga dimensi, (3D) refleksensor pintar dan urutan beg udara penuh aero tiga dimensi.

Katanya, bermula dengan urutan kaki, pelanggan akan menikmati urutan tapak kaki menggunakan teknik refleksologi guasa iaitu terapi perubatan tradisi dengan menggunakan gabungan beg udara 3D Aero.

"Ia akan membantu melegakan lenguh di bahagian tapak kaki, betis dan lutut dan ia merupakan teknologi yang pertama di Malaysia," katanya.

Selain itu, pengguna juga akan menikmati keselesaan apabila mencuba urutan dengan teknik hips swing yang menfokuskan di bahagian pinggul dan pinggang serta tulang belakang.

"Ia direka cipta untuk membantu pesakit tulang belakang dan mengurangkan kesakitan di bahagian tersebut.

"Bagi mengatasi masalah bongkok, pengguna boleh merasai kebaikan teknik regangan Thai 230 darjah dan ia juga baik untuk melancarkan penafasan dan meregangkan tulang belakang,"katanya.

Sementara itu, kesemua lapan fungsi tersebut baik untuk stimulasi sistem limpa dan imunisistem badan yang akan membantu menjaga kesihatan keseluruhan badan.

Kata Michael, jualan promosi tersebut berlangsung sejak 28 Mei lalu dan berakhir 17 Jun ini di semua cawangan di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.