VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 31/05/2012

Pembangkang cetus huru-hara jika kalah PRU-13

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan pembangkang akan menggunakan semula taktik reformasi untuk mencetuskan huru-hara sekiranya keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, berdasarkan kecenderungan pembangkang yang tidak berhenti mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya, Perkasa percaya rusuhan akan menjadi jalan terakhir pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rusuhan boleh berlaku berdasarkan tindak-tanduk mereka yang sentiasa menanam persepsi kononnya SPR tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya.

"Ia mungkin menjadi jalan terakhir pembangkang untuk berkuasa iaitu dengan cara menggulingkan kerajaan secara tidak sah di sisi undang-undang," katanya selepas Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau percaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan menimbulkan kekacauan secara besar-besaran dengan berdemonstrasi di jalan raya.

"Kita lihat cara mereka mempertikaikan SPR seperti mahu rakyat percaya bahawa apa sahaja keputusan PRU-13 nanti tidak boleh diterima. Itu adalah cara untuk menghalalkan rusuhan.

"Saya jangka pembangkang akan menduduki Dataran Merdeka dan beberapa lokasi strategik di Kuala Lumpur sekali lagi untuk cetuskan rusuhan," katanya.

Beliau berkata, usaha pembangkang untuk mencetuskan huru-hara itu mungkin sedang dirancang sebagai persediaan sekiranya mereka kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah beliau, Anwar bukan sahaja tidak yakin dapat memenangi pilihan raya bahkan beliau juga takut untuk berdepan dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada kerajaan BN.

"Dia sendiri tahu pembangkang tidak mampu untuk menang pada pilihan raya umum akan datang. Dia juga tahu Pas akan kalah teruk dengan apa yang berlaku sekarang.

"Bila Pas kalah, dia akan jadikan itu sebagai alasan untuk mempertikaikan kewibawaan SPR dan memfitnah pilihan raya itu kotor,'' katanya.

Justeru beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang sengaja mempersoalkan ketelusan SPR dan mencabar pihak berkuasa keselamatan.

"Sebab sekarang kita dah tak ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita minta pihak berkuasa ambil langkah pencegahan demi keselamatan rakyat.

"Perkasa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedia untuk memperhalusi perkara ini bagi membantu kerajaan menjaga keamanan,'' tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.