VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 31/05/2012

Comel, manja, senang dijaga

Tikus Belanda dan arnab gergasi.

KEHADIRAN haiwan comel sebagai binatang peliharaan di rumah pastinya menggembirakan. Terutama apabila melihat telatah manja yang ditonjolkan haiwan tersebut ketika ia dibelai.

Malah setiap orang memiliki haiwan peliharaan yang berbeza-beza. Yang banyak dijadikan haiwan peliharaan ialah kucing dan anjing. Ada juga yang memelihara kuda, kambing, burung ataupun ikan emas.

Bagi golongan yang ekstrem pula, mereka memilih haiwan yang lebih eksotik seperti ular, kura-kura, mengkarung dan sebagainya.

Tetapi bagi komuniti yang menggelarkan diri mereka sebagai Marmut Cute, haiwan peliharaan pilihan mereka ialah dari keluarga tikus atau rodensia. Sudah tentu ia bukannya tikus yang berkeliaran dalam longkang atau di tempat-tempat buangan sampah.

Haiwan eksotik ini agak berbeza dengan haiwan lain kerana bagi pemiliknya, mereka tertarik dengan siulan guinea pig atau tikus Belanda setibanya di rumah dari tempat kerja umpama menyambut mereka pulang.

Bagi individu biasa mungkin sukar memahami keistimewaan haiwan ini sehingga ada yang sanggup mengeluarkan lebih RM300 untuk mendapatkan seekor tupai terbang yang lebih dikenali dengan nama sugar glider.

Walaupun kedengaran pelik, namun bagi kumpulan ini, minat memelihara haiwan eksotik mengatasi segala-galanya. Malah mereka menganggap hobi itu mampu memberikan kepuasan tersendiri.

Bukan setakat mengumpul pelbagai jenis baka, pemilik sugar glider (tupai terbang dari spesies petaurus breviceps), tikus belanda (cavia porcellus) dan arnab gergasi (dari spesies Holland lop) turut mempunyai kumpulan tersendiri bagi membiak dan berkongsi pengalaman dan cara penjagaan dikalangan ahli komuniti tersebut.

Kelebihan yang terdapat pada komuniti tersebut ialah setiap ahli menyimpan baka dari spesies yang sukar diperoleh di pasaran.

Baru-baru ini, Mega ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi bertemu dengan komuniti tersebut yang ditubuhkan pada pertengahan 2010 melalui laman web social, Facebook.

Salah seorang ahlinya, Muhammad Yazid Jamil, 20, berkata, kesemua ahli komuniti itu berkongsi hobi yang sama dan ia memudahkan mereka berkongsi maklumat mengenai cara-cara penjagaan haiwan eksotik.

"Pada asalnya komuniti Marmut Cute ditubuhkan untuk bertukar- tukar pendapat mengenai hobi membela haiwan seperti tikus Belanda. Tetapi kini kami berkembang sebagai sebuah komuniti pencinta haiwan eksotik," katanya.

Yazid berkata, hobi membela tikus Belanda itu bermula sejak 2010. Pada mulanya dia hanya membeli dua ekor tikus Belanda dari baka American dan kemudiannya diikuti pelbagai lagi baka lain seperti Abyssinian, Peruvian, Shabby dan Coronet (berbulu panjang).

"Dari seekor, sedar tak sedar kini saya mempunyai 30 ekor tikus Belanda dari pelbagai baka. Bagi saya haiwan ini comel dan nampak seperti memerang.

"Lagipun haiwan ini senang nak jaga. Kos makanannya rendah dan tidak berbau busuk," jelasnya.

Muzamil Yusuf, 34, pula berkata, sebelum ini beliau hanya membela hamster. Tetapi selepas salah seorang dari rakan karibnya menghadiahkan seekor tikus Belanda sebagai hadiah hari jadi, dia terus menyukai haiwan itu.

TENANG melihatkan haiwan-haiwan peliharaan mereka.

"Daripada pemberian hadiah saya mula berminat untuk membelanya dan dari sepasang tikus Belanda kini saya dah ada banyak.

"Haiwan ini senang dijaga dan ia mudah membesar. Tikus Belanda juga jinak seperti arnab dan ia makan daun pisang, rumput kering dan sayur-sayuran," katanya.

Norisyam Mohd. Aris, 32, berkata, walaupun ramai individu membela binatang seperti kucing, burung dan ikan, beliau berbangga dengan haiwan belaannya yang merupakan seekor arnab gergasi dari spesies Holland Lop.

"Spesies arnab bertelinga panjang ini sukar dicari. Ia berasal dari Belanda dan ada di antaranya boleh membesar hingga seberat lima kilogram.

"Baka Holland Lop amat popular dan sangat disukai oleh peminat-peminat arnab dan haiwan ini sesuai dijadikan binatang kesayangan atau pembiak baka disebabkan saiznya yang menjadi daya penarik," ujarnya.

Menurutnya, kebanyakan kanak-kanak juga menyukai arnab jenis itu kerana ia manja dengan tuannya dan jika dibandingkan dengan spesies Columbia Basin Pygmy (arnab terkecil dalam dunia) baka ini jauh lebih besar.

"Keunikan haiwan ini terletak pada telatahnya yang comel lebih-lebih lagi ketika ia melompat. Jika ia dikacukkan dengan baka dari jenis lain, arnab kacukan tersebut akan menonjolkan keistimewaan baka tersebut," katanya.

Malihan Yusuf, 23, berkata, tikus Belanda yang biasa disebut sebagai marmut merupakan haiwan yang sangat mirip dengan tikus dan hamster.

"Haiwan ini amat popular kerana sifat-sifatnya yang jinak dan mudah dijaga. Pemiliknya juga dapat menjana pendapatan sampingan.

"Selain membela haiwan ini sebagai hobi, dikalangan ahli Marmut Cute boleh melakukan aktiviti jual beli secara kecil-kecilan seperti menjual peralatan seperti beg, makanan dan suplemen yang diperlukan.

"Malah dengan adanya komuniti seperti ini kami berpeluang mengembangkan baka-baka tikus Belanda yang terhad di pasaran. Ia bukan semudah membeli dari kedai haiwan," ujarnya.

Dzulrani Mat Nor, 19, berkata, setiap koleksi baka tikus Belanda dijual dengan harga yang berbeza mengikut saiz dan jenis baka.

" Ada yang dijual dari RM80 dan jika baka jenis Coronet boleh mencecah sehingga ke RM300.

"Lebih mahal baka yang dibeli bermakna ia lebih berkualiti dari segi saiz, warna mata dan bulu serta kecerdikan yang ada pada haiwan tersebut terutamanya baka berbulu panjang yang sukar diperolehi," jelasnya.

Jelas Dzulrani lagi, kebanyakkan rakan yang melihat koleksi tikus Belandanya akan berkata: "Oh, comelnya hamster anda."

"Saya tertanya-tanya kenapa ramai yang beranggapan haiwan ini sama dengan hamster sedangkan saiz tikus belanda lebih besar dari hamster," katanya.

Bagi Mohd. Firdaus Salim Shah, sugar glider menjadi pilihannya kerana saiznya yang kecil dan ia jinak.

Ketika sesi temuramah dijalankan, haiwan bersaiz sebesar tapak tangan itu amat jinak dan pemiliknya melepaskannya berkeliaran begitu sahaja.

Namun ketika jurugambar cuba merakamkan gambar Moca (nama bagi tupai terbangnya), ia beraksi nakal dengan terbang ke arah kamera.

Haiwan itu juga bergayut di badan pemiliknya dan adakalanya ia masuk ke dalam baju.

"Tupai terbang amat sensitif. Jika terkejut, ia akan bertindak lebih agresif. Bagaimanapun, tupai ini hanya boleh melompat dan terbang. Ia tidak boleh mencederakan pemiliknya dan kukunya juga tidak setajam kucing.

"Istimewanya, ia jinak dan mudah dibela. Malah saya menyukai haiwan ini kerana ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana saya hanya letakkan haiwan ini di atas bahu dan ia akan berkeliaran di badan saya," jelasnya.

Disamping itu, Marmut Cute kini mempelawa semua peminat haiwan eksotik untuk menyertai komuniti tersebut melalui laman facebook.com/marmutcute.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.