VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 30/05/2012

Usir lingkaran gelap mata

TIDAK dapat dinafikan mata merupakan daya penarik bagi seseorang. Memiliki mata yang menawan dan cantik cukup membuatkan seseorang berani menonjolkan diri di khalayak ramai.

Jika terdapat sedikit sekalipun lingkaran hitam dan sembab di bawah mata akan menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Terdapat beberapa faktor mendorong keadaan sedemikian berlaku. Antaranya amalan gaya hidup, terdedah kepada alam sekitar dan sebagainya.

Kira-kira 50 peratus orang Asia dilahirkan dengan satu lipatan palpebral. Kekurangan lipatan menjejaskan bukaan mata dan fenomena itu seterusnya menjadi lebih buruk apabila kulit semakin kendur dan usia semakin meningkat.

Clarins mendapati tisu di keliling mata amat penting untuk menyokong mata dan bertindak sebagai penyerap hentakan yang mengandungi enam saku lemak.

Di kalangan wanita Asia, enam saku lemak itu secara semula jadi adalah lebih besar. Saku lebih besar itu menjadikan lipatan di kelopak atas mata kurang terserlah dan menyebabkan mata tampak 'tertutup'.

Kesembapan kelopak mata pula disebabkan oleh beberapa faktor seperti makanan masin, kepanasan, keletihan, berbaring pada waktu malam yang boleh memperlahankan peredaran dan ketertelapan kapilari darah.

Rangkaian kapilari darah pada kelopak mata adalah tebal dan banyak air boleh meresap ke dalam tisu dan boleh menyebabkan kesembapan mata.

Manakala kulit Asia mempunyai lebih banyak pigmen melanin. Jumlah pigmen itu lebih tinggi dan digabungkan dengan pengumpulan pigmen daripada darah di bawah kulit menyebabkan pembentukan lingkaran gelap di bawah mata.

Produk penjagaan kulit terkemuka Clarins dapat membantu mengatasi masalah dengan penggunaan Clarins Defining Eye Lift khususnya untuk mata.

Dengan produk kecantikkan Clarins Defining Eye Lift baru menjadikan penglihatan mata lebih besar, cerah, menawan dan melegakan kesembapan kelopak mata dan memberikan kesan 'terangkat' dengan serta-merta.

Penggunaan produk kecantikkan mata berasaskan bahan semula jadi seperti gula oat organik, ginkgo biloba organik dan Alchemilla memberikan kesan yang segar.

Bagaimanapun,untuk melengkapkan rawatan, Shaping Facial Lift Wrap boleh digunakan untuk menghilangkan kesembapan disebabkan tidur, tekanan dan kepanasan.

Shaping Facial Lift Wrap mencantikkan bentuk muka, menghalus dan melicinkan tekstur kulit dan mencerahkan wajah.

Shaping Facial Lift adalah Serum pertama dan satu-satunya yang membentuk wajah sempurna dan menjadikannya bujur sirih.

Defining Eye Lift pula produk pertama membantu melegakan kelopak mata yang tampak berat sambil menyalir dan mencerahkan kontur mata. Manakala Shaping Facial Lift Wrap membantu mempercepatkan dan mengurangkan kesembapan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.