VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 29/05/2012

Felda Lepar Hilir 2 jadi perintis

Mohd. Shohaimi Jusoh (duduk, lima dari kiri) bersama Mohd. Razali Hussain (duduk, tengah) bergambar bersama peserta program 'Kepentingan Menjaga Produktiviti' di Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 28 Mei - Tanah Rancangan Felda Lepar Hilir 2, di sini akan menjadi perintis kepada perkampungan pertama Felda di negara ini yang menerima sijil Amalan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal (5S).

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd. Razali Hussain berkata, pihaknya akan menjadi peneraju untuk menyediakan khidmat latihan kepada perkampungan Felda tersebut.

"Kita akan teruskan program ini dan dengan pemantauan pihak MPC, persijilan 5S ini pasti akan diperoleh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas program 'Kepentingan Menjaga Produktiviti' di sini yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh semalam.

Hadir sama, dua Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ahmad Fadzil Mahmud dan Abdul Latif Abu Seman.

Program 'Kepentingan Menjaga Produktiviti' pertama kali dianjurkan MPC melibatkan penyertaan warga badan itu dan keluarga masing-masing bersama masyarakat Felda Lepar Hilir 2.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada warga MPC mengenai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan aktiviti kekeluargaan.

Mohd. Razali berkata, program bercorak kekeluargaan itu bertujuan menjalin kerjasama berpasukan serta memupuk perpaduan antara warga MPC dan masyarakat setempat.

Sementara itu, Mohd. Shohaimi berkata, beliau akan membantu MPC menjayakan hasrat menjadikan Felda Lepar Hilir 2 sebagai perintis perkampungan Felda pertama menerima sijil 5S.

"Saya akan membantu MPC untuk melaksanakan program produktiviti, kalau bukan di Felda Lepar Hilir 2, kita boleh adakan di Bukit Gambang Resort City.

"Sudah sampai masanya tanah rancangan Felda diberi penekanan mengenai produktiviti, budaya kerja cemerlang dan program ini adalah titik mula yang baik," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.