VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 29/05/2012

Pidato hanya perdaya pendengar

SAYA tertarik dengan beberapa janji manis di pentas yang diluahkan dengan bersungguh-sungguh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hujung minggu lalu. Ramai antara kami ketawa dan tersenyum melihat telatahnya dan apa yang diungkapkan serta ditambah dengan janji-janji baru.

Memang benar Anwar cukup hebat berpidato. Tetapi dalam pidatonya banyak yang tidak mengena, malah kosong belaka. Pidatonya hanya memberi pandangan negatif dan semua yang dibuat oleh kerajaan tidak bermanfaat.

Umum tahu apa yang pemerintah sekarang lakukan ramai rakyat mendapat manfaat. Semasa Anwar bercakap dia lupa diri. Kami mendengar dan melihat serta menimbang adakah yang diperkatakan berisi fakta atau sebaliknya. Kelantangannya hanya untuk menarik perhatian, untuk mempercayainya dan memperdaya pendengar.

Janji barunya jika menawan Putrajaya, dalam masa 24 jam harga minyak diturunkan. Hasil Petronas akan digunakan untuk memberi pendidikan percuma. Juga memansuhkan pinjaman PTPTN setelah berkuasa.

Sungguh manis, sungguh senang berjanji itu dan ini semata-mata untuk meraih undi. Gunung yang ada pun kalau dicangkul hari-hari akan menjadi rata, inikan pula hasil utama negara. Apakah dasar pemerintahan Anwar dan pembangkang mahu dengan mudah memperoleh dan membelanjakan hasil negara tanpa mengambil kira implikasinya?

Macam mana masa depan negara kalau berbelanja dengan tidak berhemah? Kalau bagi mereka memerintah, lima tahun lagi negara akan hancur dan kucar-kacir. Lihatlah apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan pembangkang, tidak nampak kemajuan. Air tak cukup, sampah tak dibuang, rumah untuk rakyat tidak dibina.

Pembangkang hanyut ke sana ke sini menabur janji, macam NATO (No Action Talk Only). Mana perginya janji dulu? Sekarang terus buat lagi pelbagai janji baru walaupun janji dulu masih belum nampak banyak ditunaikan di negeri di bawah pembangkang setelah lebih empat tahun memerintah.

Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Anwar berasal dari sana, menang di Parlimen Permatang Pauh, diperintah oleh pembangkang. Apa sumbangan dia kepada orang Melayu Pulau Pinang?

Kemajuan dan pembelaan kepada anak bangsa amat jauh sekali. Malah ramai orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke Sungai Petani dan negeri berdekatan kerana semua tahu sebabnya. Ini salah satu negeri yang di bawah pembangkang bersama Anwar yang tidak ambil kira kepentingan bangsa Melayu.

Kalau di Pulau Pinang yang dia menang pun Anwar tidak dapat berbuat apa-apa, inikan pula memerintah negara. Janganlah kata orang, kera di hutan disusui anak di rumah mati kelaparan.

Marilah kita sama-sama tanya apa yang telah Anwar lakukan untuk kebaikan dan pembinaan anak bangsa di kawasannya. Tak ada satu pun projek atau kejayaan yang dapat dibanggakan daripada dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu hingga sekarang. Yang ada hanyalah janji kosong. Yang dapat hanya kuncunya yang terus menyokong walaupun akan membawa rebah kelak.

Dalam kehidupan kita boleh tipu seorang dua, tetapi tidak boleh tipu semua orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.