VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 28/05/2012

Pemetaan karang perairan Tioman

DUA pelajar uiam menjalankan kajian sampel air laut yang diambil dari sekitar perairan pulau tioman.

KHAZANAH dasar laut sehingga kini belum diterokai sepenuhnya. Dengan itu masih banyak rahsia yang masih tersembunyi dan belum diketahui.

Keluasan perairan dan kedalamannya menyebabkan banyak rahsia belum dapat dirungkai sepenuhnya oleh manusia.

Spesies hidupan laut seperti ikan, rumpai laut dan batu karang masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri.

Tidak hairanlah dari semasa ke semasa ada sahaja penyelidikan yang dijalankan untuk meneroka dan mengenali setiap khazanah yang terdapat di dasar laut.

Penyelidikan dan kajian saintifik tersebut amat berguna bukan sahaja kepada negara dan agensi-agensi berkaitan, malah boleh dimanfaatkan sebagai ilmu ilmiah bagi universiti-universiti dan juga generasi pelapis.

Dalam hal ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan tidak ketinggalan menjalankan kajian-kajian saintifik berhubung khazanah di dasar laut.

Dengan kerjasama dan dibiayai oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, satu ekspedisi dan penyelidikan saintifik telah dijalankan di perairan Pulau Tioman baru-baru ini.

Ekspedisi Saintifik Marin oleh pelajar-pelajar UIAM itu merupakan sesuatu yang jarang sekali dilakukan.

Atas dasar bertanggungjawab dan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar dan khazanah di dasar laut, universiti berkenaan memulakan penyelidikan tersebut yang diketuai Pengarah Institut Oseanografi dan Kajian Maritim UIAM Kampus Kuantan, Profesor Madya Dr. Shahbudin Saad.

Bersama 14 pelajar UIAM serta dibantu beberapa kakitangan universiti itu, ekspedisi dan penyelidikan tersebut turut melibatkan kemahiran skuba.

Bagi merealisasikan penyelidikan saintifik itu, sebanyak enam lokasi dipilih sekitar Pulau Tioman termasuk Tulai dan Chebeh.

Shahbudin memberitahu Utusan Malaysia, empat bentuk tugasan atau penyelidikan dilakukan oleh kalangan pelajar dan kakitangan UIAM terbabit.

Penyelidikan itu melibatkan pemetaan yang antara lain meliputi pengelasan batu karang dan ikan-ikan di kawasan sekitarnya.

Untuk itu, pemetaan tersebut melibatkan penggunaan kaedah RoxAnn bagi membezakan antara terumbu karang, batu dan juga kawasan pasir.

Menurut Shahbudin, dalam ekspedisi itu pihaknya turut menjalankan penyelidikan pengecaman jenis-jenis karang dan ikan-ikan yang memerlukan ia direkod menggunakan rakaman video.

''Kami juga menjalankan penyelidikan mengenai status kualiti air di perairan tersebut.

''Contoh-contoh air ini diambil bagi mengenal pasti jumlah kandungan ammonia.

"Contoh-contoh air tersebut juga dibawa balik ke UIAM untuk kajian lanjut,'' katanya.

Jelas Shahbudin, dengan mengkaji kualiti air itu pihaknya dapat mengukur sama ada berlaku pencemaran atau sebaliknya.

Di samping itu, ekspedisi tersebut turut menyelidik jenis-jenis plankton yang terdapat di perairan berkenaan.

Kajian plankton ini ada kaitan dengan hidupan laut lain yang menjadikan plankton sebagai sumber makanan dan sebagainya.

Selain Jabatan Taman Laut, ekspedisi saintifik marin itu turut mendapat kerjasama Direktorat Oseanografi Kebangsaan yang beribu pejabat di Putrajaya dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Berkongsi lebih lanjut, beliau berkata, semua hasil kajian itu bukan sahaja untuk ilmiah para pelajar UIAM, juga sebagai data dan dokumentasi Jabatan Taman Laut.

Jelas Shahbudin, kerjasama daripada Jabatan Taman Laut itu secara langsung menunjukkan keyakinan dan kepercayaan jabatan berkenaan terhadap kemampuan UIAM dalam menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan hidupan marin.

''Ekspedisi seperti ini akan diteruskan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut dan juga agensi-agensi berkaitan.

''Ia juga sebagai perkembangan ilmu kepada para pelajar UIAM.

''Dalam ekspedisi seperti ini, kemahiran skuba amat perlu kerana kajian tersebut melibatkan dokumentasi di dasar laut,'' katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.