ARKIB : 26/05/2012
Ada apa dengan Nazmi?
ANDA mungkin mula mengenali Nazmi Faiz Mansor ketika pemain tengah bawah 23 tahun negara itu menjaringkan gol cantik dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London menentang Bahrain di Stadium Bukit Jalil.
Ketika itu namanya terus meletup di persada sukan negara dan tumpuan ke arahnya semakin memuncak apabila berjaya menandatangani kontrak bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar selama tiga tahun Isnin lalu.
Bagaimanapun, pemain berusia 17 tahun ini, menampakkan ciri-ciri istimewa seorang pemain bola sepak dan layak digelar sebagai wonderkid pada usianya 10 tahun lagi iaitu ketika menjadi pelajar Sekolah Rendah Taman Melawati 1, Kuala Lumpur.
“Pada sebelah petang pula Nazmi akan menghabiskan masanya bermain bola sepak di salah sebuah padang di Lembah Keramat dan yang paling menarik bukan dengan rakan-rakan seusia dengannya tetapi mereka yang lebih tua dan bersaiz lebih besar daripadanya," kata bapa Nazmi, Mansor Mustapha.
Nazmi dilihat lebih cenderung untuk menghabiskan zaman kanak-kanak bermain bola sepak bersama orang lebih tua darinya, minatnya terhadap bola sepak memang tidak boleh dibendung lagi.
“Pada usia 10 tahun dia sudah mewakili sekolah, daerah dan negeri bagi peringkat bawah 12 tahun, ketika umurnya mencecah 13 tahun pula dia dipanggil menyertai skuad bawah 15 tahun, jadi kita nampak di sini bahawa perkembangannya dalam sukan bola sepak sangat cepat.
“Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, Nazmi ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Projek Bola Sepak Seksyen 11, Shah Alam dan pada tingkatan dua dia ditawarkan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)," katanya.
Kecenderungannya terhadap bola sepak antarabangsa sudah bermula ketika di peringkat menengah, nama pemain tengah Barcelona seperti Xavi Hernandez mula meniti di bibirnya. Sebelum itu ketika Nazmi masih kecil bapanya tidak ketinggalan untuk membawanya menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di Stadium Shah Alam yang menjadi gelanggang keramat pasukan Selangor.
Anak keempat dari lima beradik ini, yang mempunyai perwatakan manja pada zaman kanak-kanak, mempunyai sifat ingin melakukan yang terbaik terutama dalam sukan bola sepak sejak berjauhan dari keluarganya apabila menetap di asrama
di Shah Alam.
“Kami memang mahu dia berdikari dan sekarang ini dia berada jauh dari kami di bumi Portugal, Nazmi terlalu berbeza dari adik-beradik yang lain, kakak dan dua abangnya lebih terarah kepada penguasaan akademik sedangkan dia pula meminati bidang sukan.
“Dia juga sentiasa mendapat tumpuan ketika di sekolah rendah yang mana cikgu-cikgu berebut untuk mendapatkan khidmatnya beraksi dalam beberapa jenis sukan selain bola sepak, dia berada dalam kumpulan minoriti tatkala majoriti adalah mereka yang lebih cenderung kepada pelajaran," kata Mansor.
Sementara itu, senior kepada Nazmi di SSBJ, Muhd. Ariff Zulkifly yang sekarang ini sedang beraksi di New Zealand bersama Island Bay United berkata, dia sedikit pun tidak terkejut apabila mengetahui Nazmi berjaya mengikat kontrak dengan kelab Portugal tersebut.
“Saya sudah lama tahu kemampuan Nazmi, dia seorang pemain yang dikurniakan bakat semula jadi, ditambah pula dengan usianya yang sangat muda jadi dia mempunyai potensi yang sangat besar. Sebagai senior kepadanya di SSBJ saya sangat berbangga dengan pencapaiannya.
“Saya harap dia dapat kekalkan prestasinya di sana. Mengenai perwatakannya ketika di sekolah dia seorang yang nakal, tetapi sebenarnya dia baik dan cepat mesra dengan semua orang. Mungkin ada satu ketika dia agak keras kepala, namun dia jenis tidak berkira kalau kita minta tolong," kata Ariff.
Tambah Ariff, gelaran Nazmi ketika di SSBJ ialah ‘Nami’ dan dia dilihat mempunyai potensi ketika berusia 11 tahun sewaktu kedua-dua mereka beraksi dalam skuad Selangor bawah 12 tahun. Hanya Nazmi seorang sahaja berusia 11 tahun.
Bapa Nazmi, Mansor dan Ariff berharap agar Nazmi mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dan menyarankan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang meminati sukan sentiasa memberi sokongan serta merestui perjuangan murni mereka.
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Pandelela nobat wanita Malaysia di persada dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










