VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/05/2012

Tablet buatan Malaysia dilancar

Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) dan Sohaimi Shahadan (tengah) menunjukkan komputer tablet pertama buatan Malaysia pada majlis prapelancarannya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 24 Mei - Syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, MalTechPro berjaya mencipta dan mengeluarkan komputer tablet pertama buatan Malaysia yang dikenali sebagai 1Malaysia Pad.

Tablet tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi terkini dan skrin sesentuh sensitif dijangka menjadi saingan kepada beberapa jenama antarabangsa lain.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, gajet tersebut dicipta khas dengan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti 1Malaysia selain mempunyai aplikasi setanding dengan tablet jenama lain.

Ciri-ciri tersebut, katanya, antara lain mampu beroperasi menggunakan sistem Android OS, dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G serta skrin sesentuh bagi memudahkan penggunaan berbanding menggunakan papan kekunci.

"Tablet ini dibangunkan oleh anak tempatan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi tempatan, Spice CSL International yang menyediakan teknologi perkakasan mobil ICT terkini.

"Istimewanya tablet ini adalah aplikasi tambahannya iaitu 1Malaysia Club dan 1Malaysia Messenger. Messenger itu mampu berfungsi seperti BlackBerry Messenger dan WhatsApp Messenger untuk menghantar rakaman video, rakaman suara, gambar dan khidmat pesanan ringkas secara percuma," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Prapelancaran 1Malaysia Pad, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Sohaimi, pihaknya menyasarkan sebanyak 5,000 unit tablet tersebut dapat dijual pada fasa pertama.

"Untuk fasa ini, harga istimewa ditawarkan kepada 5,000 pelanggan pertama iaitu RM999 seunit berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

"Sasaran utama penjualan adalah kepada pelajar, penuntut universiti dan penduduk luar bandar kerana harganya kompetitif tetapi berkualiti," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tablet itu juga akan dicadangkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menggantikan komputer riba 1Malaysia.

"Perkara ini masih di peringkat cadangan kerana kita merasakan tablet sudah menjadi salah satu gaya hidup masa kini di samping saiznya ringan dan kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana terutama pelajar," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan mencadangkan supaya tablet itu disenaraikan antara barangan yang boleh diberi potongan harga melalui kad diskaun siswa.

Katanya, ia bertujuan memberi kemudahan kepada penuntut universiti membeli tablet itu dengan harga istimewa sama seperti barangan menggunakan label 1Malaysia lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.