VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 24/05/2012

Lagi gambar lokasi lancar roket Korea Utara didedah

WASHINGTON 23 Mei - Korea Utara dilapor menjalankan kerja-kerja menaik taraf pad pelancaran roket negara itu secara besar-besaran, sesuatu yang dilihat boleh membuka jalan kepada pelancaran peluru berpandu jarak jauh.

Institut Amerika Syarikat-Korea di Universiti Johns Hopkin melaporkan, gambar-gambar satelit menunjukkan Pyongyang membuat 'kemajuan pesat' dalam tempoh beberapa tahun ini di tapak pelancarannya di Musudan-ri.

Menurut institut itu, Korea Utara baru-baru ini juga telah memusnahkan perkampungan berhampiran tapak pelancaran bagi membina bangunan untuk memasang roket besar.

Institut itu mengesyaki, Pyongyang sedang berusaha membangunkan roket yang lebih besar daripada Unha-3, yang meletup ketika ujian pada 13 April lalu.

"Pembinaan baru ini adalah untuk menyokong pelancaran roket lebih besar pada masa depan atau peluru berpandu jarak jauh yang melepasi negara Jepun," kata institut itu dalam blognya, 38north.org.

Mereka turut menjangkakan, lokasi tersebut akan beroperasi menjelang 2016 atau 2017.

Gambar-gambar menunjukkan parit untuk laluan api roket, asas bangunan dan struktur bulatan putih telah dibangunkan untuk tujuan tidak jelas, tetapi kemungkinan besar bagi membangunkan roket.

Menurut institut itu, kemudahan tersebut turut mempunyai persamaan dengan kompleks pelancaran Iran, tetapi tidak pasti sama ada kedua-dua negara itu ada melakukan kerjasama. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.