ARKIB : 24/05/2012
Kicauan merbah yang memukau
JOHOR BAHRU 23 Mei - Burung Merbah Jambul merupakan antara spesies burung yang menjadi kegilaan sesetengah masyarakat di negara ini kerana keunikan kicauannya.
Mungkin bagi mereka yang tidak meminati unggas itu menganggap kicauan itu bising, namun bagi peminat burung, suaranya dianggap merdu dan mengasyikkan.
Burung merbah jambul atau nama saintifiknya Pycnonotus Melanicterus yang berwarna coklat dan mempunyai jambul berwarna hitam di atas kepala memang mempunyai peminat tersendiri kerana ia memiliki suara yang nyaring dan mudah jinak.
Biarpun harga burung itu boleh mencecah ribuan ringgit dan kos harian agak mahal, tetapi ia tidak menghalang pencintanya untuk terus melaburkan wang bagi membela burung berkenaan.
Baru-baru ini bertempat di Taman Seri Setanggi di sini, lebih 100 penggemar burung merbah jambul menyertai Pertandingan Nada Suara Burung Merbah Jambul yang pertama kali diadakan di bandar raya Johor Bahru.
Penganjur pertandingan, Mohd. Nasir Yaacob berkata, pertandingan itu bertujuan memberi peluang kepada penggemar spesies itu untuk mempamerkan kehebatan suara burung peliharaan mereka.
Beliau berkata, inisiatif itu diambil kerana pertandingan seumpama itu jarang diadakan di kawasan bandar, sebaliknya lebih tertumpu di kawasan luar bandar.
"Taman Seri Setanggi dipilih kerana ia memiliki kawasan agak luas untuk penganjuran pertandingan dan sambutan yang diterima untuk penganjuran kali pertama ini sangat baik. Kemungkinan pertandingan ini akan dijadikan sebagai acara bulanan," katanya kepada Utusan Malaysia.
Pertandingan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.
Setiap burung yang dipertandingkan diberikan masa 30 saat untuk menghasilkan bunyi yang banyak bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya sehingga ke pusingan keempat.
Burung yang berjaya menghasilkan bunyi yang banyak dan merdu dalam tempoh ditetapkan akan memenangi pertandingan itu.
Mohd. Nasir berkata, bayaran penyertaan yang dikenakan adalah RM25 bagi setiap burung dan jumlah penyertaan tidak dihadkan.
"Kebiasaannya setiap peserta akan menghantar lebih daripada seekor burung untuk dipertandingkan. Meskipun nilai hadiah yang ditawarkan tidak begitu lumayan, tetapi penyertaan sangat memberangsangkan.
"Kami juga sedang merangka beberapa strategi termasuk mencari penaja bagi menganjurkan program yang lebih besar dengan tawaran hadiah lebih lumayan kerana di Johor terdapat ramai peminat burung merbah jambul," katanya.
Tumpu usaha selenggara jalan kampung, lampu jalan - Hasni
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









