VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/05/2012

Elaun pelajar GiatMara, IKM dinaikkan?

KUALA LUMPUR 23 Mei - Ahli Lembaga Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah bersetuju untuk menaikkan elaun sara hidup kepada kira-kira 20,000 pelajar GiatMara dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagaimanapun kelulusan harus diperoleh terlebih dahulu daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum perkara berkenaan dibawa kepada Kementerian Kewangan.

Ini kerana katanya, segala peruntukan atau kelulusan untuk menaikkan elaun berkenaan harus diperoleh daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

"Ahli Lembaga Pengarah Mara secara asasnya sudah bersetuju untuk menaikkan elaun berkenaan bertujuan memenuhi keperluan sara hidup pelatih yang semakin meningkat pada masa ini. Bagaimanapun, kami masih menunggu keputusan daripada pihak kementerian.

"Berapa banyak kenaikan? Saya tidak boleh memberitahu kerana ia masih dalam proses perbincangan, kita tunggulah apabila sudah diluluskan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pra-pelancaran Forum Keusahawanan Antarabangsa ke-11 di sini malam ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.