VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 23/05/2012

3 bekas pegawai Kopasar bebas tuduhan lesap wang koperasi

KUALA LUMPUR 22 Mei — Tiga bekas pegawai kanan Koperasi Pasaraya Malaysia Bhd. (Kopasar), dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima wang koperasi lebih RM2 juta tanpa mendapat kelulusan mesyuarat agung tahunan membabitkan kerugian lebih RM500,000, tiga tahun lalu.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan demikian terhadap bekas Pengerusi Kopasar, Datuk Mohamad Wahiduddin Abdul Wahab, 68; bekas Setiausaha, Wan Ahmad Nasir Wan Hassan, 73; dan bekas Bendahari, Jaffar Md. Saib, 61, selepas pihak pendakwaan didapati gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan di bawah Akta Koperasi 1993 yang dihadapi mereka.

Mohamad Wahiduddin berdepan dengan 10 pertuduhan manakala Wan Ahmad Nasir dan Jaffar masing-masing didakwa atas sembilan pertuduhan.

Di bawah Seksyen 46 akta tersebut, mereka didakwa menerima pelbagai elaun dan imbuhan termasuk elaun tetap tertunggak pengerusi, setiausaha dan bendahari; imbuhan penghargaan Exco; serta imbuhan anggota lembaga di No 37D, Jalan Datuk Haji Eusoff, Kompleks Damai Off Jalan Ipoh di sini di antara 9 dan 16 Januari 2009.

Di bawah Seksyen 45 akta yang sama, mereka masing-masing didakwa menerima Elaun Tetap Tertunggak berjumlah RM508,032, RM125,952 dan RM239,888 sedangkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 30 September 2008 menyatakan jumlah Elaun Tetap Belum Bayar Teraku adalah RM75,600, RM33,600 dan RM33,600 yang menyebabkan koperasi kerugian lebih setengah juta ringgit.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dalam keputusannya, Komathy memberitahu, berdasarkan Seksyen 45(1) akta tersebut, mereka dituduh tidak berhemat dan bertekun menerima beberapa elaun dan imbuhan.

"(Bagaimanapun) Berdasarkan keterangan, tiada sebarang persoalan yang timbul menyentuh mengenai jenayah yang disengajakan atau tidak jujur membabitkan Wahiduddin, Jaffar dan Wan Ahmad Nasir ketika menerima elaun," katanya.

Beliau memberitahu, memandangkan mereka tidak melanggar Seksyen 46 akta tersebut ketika menerima bayaran berkenaan maka pertuduhan ke atas mereka adalah tidak berasas dan digugurkan.

Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan saksi, tertuduh-tertuduh memegang jawatan berkenaan pada 2003 hingga 2009.

"Mahkamah mendapati tiada sebarang mesyuarat agung diadakan dari 2004 hingga 2009. Maka jumlah wang perkhidmatan diberikan kepada koperasi adalah pada kadar yang diluluskan pada 2003," jelas Komathy.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hanim Abdul Rahman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V. Jeya Kumar dan Aston Paiva.

Sepanjang perbicaraan, pendakwa raya mengemukakan 12 saksi pendakwaan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.