ARKIB : 23/05/2012
Jangan lupakan kakitangan Felda sudah bersara
RASANYA belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada peneroka-peneroka Felda serta kakitangan agensi tersebut yang bakal atau telah pun menerima 'durian runtuh' yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Apa yang ingin saya coretkan di sini hanyalah luahan hati seorang kakitangan Felda yang telah bersara. Beliau sepanjang kariernya adalah seorang yang amat komited dan konsisten dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakitangan Felda. Tidak pernah merungut walau dalam apa keadaan sekalipun dalam melaksanakan tugasannya.
Apabila diumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka Felda sebanyak RM15,000 bagi satu keluarga, manakala kakitangan pula dua setengah bulan gaji, hati beliau juga 'runtuh' dan amat terkilan.
Sebagai bekas kakitangan yang dahulunya sama bertungkus lumus demi memastikan perjalanan sesebuah tanah rancangan Felda yang baru diteroka dan dibuka berjalan lancar, dia tidak langsung diambil kira apatah lagi diberi sedikit perhatian.
Kalau hendak dikatakan bersusah payah, memang tidak dapat dinafikan memang peneroka Felda amat patut menerima imbuhan itu. Tetapi janganlah lupa kepada bekas kakitangan Felda yang telah menjadi pesara. Mereka juga sama turut bertungkus lumus, memerah keringat, hatta meninggalkan keluarga demi memastikan kejayaan sesebuah tanah rancangan Felda berjaya mencapai matlamatnya.
Besarlah harapan saya, mewakili pihak mereka ini supaya kerajaan mengambil kira segala kesungguhan dan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Tanpa mereka ini di peringkat awal pembukaan sesebuah tanah rancangan, rasanya tidak mungkin Felda akan memperolehi laba yang sebegini lumayan. Ibarat kata orang-orang lama 'Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni'. Semoga 'Hati gajah bersama dilapah, hati kuman samalah dapat dicecah".
Jika kerajaan boleh memberikan imbuhan yang lumayan kepada peneroka dan kakitangan sedia ada yang ramai bilangannya, rasanya amatlah wajar diberi pertimbangan pesara kakitangan Felda yang tidak seberapa jumlahnya.
Bersihkan kakitangan awam 'makhluk perosak'
Pas Kedah jatuh kerana abai Kuin
Nasib Melayu Singapura, Malaysia
Pungutan suara Sekolah 1Malaysia
Pupuk semangat cintakan negara
Silent walk, seolah-olah mereka dizalimi?
Pembangkang tidak menerima hakikat PRU-13
Mengapa sultan tidak berkenan Husam dilantik Exco Kelantan?
SJK punca jurang antara kaum
Perpaduan kaum perlu bermula di sekolah
SJK: Penduduk Malaysia duduk satu negara, sekolah asing-asing
Siapa di belakang UMNO, BN?
Ternyata Pas kuda tunggangan DAP
Kerajaan tidak perlu apologetik
Saran TV buat dokumentari taraf hidup orang Cina Malaysia
Simpati pengundi ditipu oleh DAP
Wujudkan semula Kementerian Usahawan Bumiputera
Rasiskah Melayu pertahan hak?
Terbalikkan Jalur Gemilang perbuatan biadab, tidak hormat kepada negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









