ARKIB : 21/05/2012
Rusuhan Bersih 3.0: Tiga ditahan di Terengganu
KUALA TERENGGANU 21 Mei - Polis Terengganu berjaya memburu dan menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perhimpunan bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata tiga lelaki terbabit adalah antara empat yang diburu di negeri ini, selepas identiti yang terlibat rusuhan itu didedahkan Bukit Aman awal bulan ini.
Kesemua mereka yang berusia antara 20-an dan 40-an ditahan di rumah masing-masing iaitu dua di Marang dan seorang di Kemaman, manakala seorang lagi yang masih diburu berasal dari Dungun, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit telah diserahkan kepada Bukit Aman.
Pada 9 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilapor memberi tempoh tujuh hari kepada individu yang gambarnya disiarkan polis untuk menyerah diri, bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu.
Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dilapor berkata polis masih memburu 113 daripada 141 individu yang gambarnya disiarkan polis menerusi media massa. - BERNAMA
Polis kenal pasti suspek kes tembak
Penyamun teksi mati dibelasah
Anggota Rela koma dirempuh mat rempit
Polis rampas barangan subsidi
5 suspek ditahan palsukan dokumen pengenalan
SKMM: Suspek hina Sultan Terengganu dalam Facebook ditahan
Maut ditembak selepas solat
Penjenayah mati ditembak cuba samun anggota polis di bank
Kepala anak tertusuk gunting
Suspek hina sultan ditahan
Polis tumpas sindiket ugut usahawan warga China
2 penunggang maut, pembonceng parah nahas di Jalan Ipoh-Taiping
Insiden tembak selepas solat: Majlis akad nikah ditangguhkan seketika
Ibu bapa bergaduh, kepala anak tertusuk gunting
19 wanita tukang urut ditahan
Pelancong wanita AS nyaris jadi mangsa ragut
Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebaskan
Kereta terbabas, pemandu maut di Kota Kinabalu
2 pasangan suami isteri antara 68 warga asing ditahan di Melaka
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









