VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 12/05/2012

Imej haiwan serlah sifat kemanusiaan

Karya Abandoned mengupas isu-isu pembuangan bayi dan ia dihasilkan menggunakan media cat akrilik di atas papan.

KARYA lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej sesuatu subjek seperti tubuh manusia atau haiwan.

Melihatkan hal yang demikian Najib Ahmad Bamadhaj, 25, menghasilkan karya haiwan yang hampir pupus sebagai gambaran utama kepada lukisannya.

Beliau yang senang dipanggil, Najib bijak menggabungkan isu realiti ke dalam sesebuah karya dengan prinsip bergaya seni jalanan (street art).

Malah secara tidak langsung, Najib turut berjaya mencipta sebuah siri kerja berdasarkan identiti tersendiri.

Menjadi kebiasaan bagi seniman berkarya di atas kanvas, Najib mencuba kaedah lain dengan mencalitkan hasil tangannya ke atas papan yang disusun mengikut saiz yang dikehendaki.

Keringkasan karya-karyanya itu biarpun dilihat mudah dihayati, ketika berbual dengannya barulah penulis mengetahui maksud tersirat yang ingin disampaikannya kepada pengunjung Galeri Chandan.

Najib berkata, kandungan karya ini membawa maksud yang tersendiri, bergantung kepada mereka yang menilainya.

Namun keberaniannya untuk mengetengahkan karya tersebut meletakkan artis yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia seni ini mencipta nama di persada seni tanah air.

Teknik-teknik lukisan berus seni kontemporari yang dihasilkannya itu berkonsep artistik. Bagaimanapun, pada pendapatnya kelainan yang ingin diketengahkannya bukan semata-mata terletak pada haiwan tersebut tetapi isu-isu yang ingin dikupasnya secara sinis.

“Haiwan-haiwan yang hampir pupus ini bukanlah haiwan yang sering dibela manusia seperti kucing, sebaliknya ia adalah beruang panda, harimau dan badak Sumatera.

“Saya cuba menghasilkan sebuah karya berfigura haiwan yang kontras dengan isu-isu seperti pembuangan bayi.

“Mereka yang buang bayi tidak ada sifat perikemanusiaan, sebab itu saya gunakan imej haiwan untuk menyelar golongan tersebut," jelasnya.

Sebagai sumber inspirasi yang dilukis dalam kebanyakan karyanya, ia sebenarnya diilhamkan sejak beliau berada di alam pengajian lagi.

“Ketika masih belajar, saya telah menghasilkan karya-karya seperti ini sejak empat tahun yang lalu.

“Selain itu, saya gemar berkarya menggunakan bahan-bahan medium campuran, bergantung kepada gambaran haiwan yang saya kaitkan dengan isu-isu negatif," Najib.

Di samping itu, beliau berharap agar masyarakat di negara ini lebih peka terhadap isu-isu sedemikian, selain menyayangi haiwan-haiwan yang hampir pupus agar generasi akan datang berpeluang melihatnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.