ARKIB : 11/05/2012
Atletico julang Liga Europa
BUCHAREST - Jaringan berganda oleh penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao menjadi inspirasi kemenangan 3-0 Atletico Madrid ke atas kelab senegara, Athletic Bilbao untuk menjulang trofi Liga Europa buat kali kedua dalam tempoh tiga musim, semalam.
Falcao, yang menjadi pemain pertama memenangi Liga Europa/Piala UEFA dengan kelab berlainan, menjaringkan gol kemenangan buat Porto musim lalu.
Jaringan berganda pada babak pertama semalam, menjadikan keseluruhan jaringannya kepada 12 gol pada kejohanan musim ini.
Pemain tengah Brazil, Diego yang tidak beraksi pada final 2009 untuk Werder Bremen ketika menang ke atas Shakhtar Donetsk kerana digantung perlawanan, menambah gol ketiga pada babak kedua.
Kemenangan itu memberikan jurulatih Diego Simeone trofi hanya beberapa bulan selepas menjadi jurulatih kelab tersebut.
Falcao, yang namanya bersempena bekas pemain Brazil yang beraksi pada Piala Dunia 1982 dan 1986 berkata, dia sangat gembira kerana sebelum ini ada orang yang menasihatkan dia supaya tidak menyertai Atletico.
"Selepas apa yang orang perkatakan, saya seperti berbuat silap apabila menyertai Atletico, namun saya membuktikan kepada mereka bahawa ia bukan keputusan yang salah.
"Kami mengalami saat turun naik namun kami berhak menamatkan saingan atas apa yang kami lakukan. Jaringan pertama? Saya sebenarnya tidak mempunyai sudut yang baik, jadi saya cuma mencari sudut yang mudah.
"Rakan memberitahu supaya sentiasa melihat ke arah penjuru atas pintu gol lawan, dan kali ini saya mendengar nasihat mereka.
"Pada masa akan datang kami tidak tahu sama ada Atletico akan beraksi dalam Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim depan.
"Kami masih ada kemungkinan untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara dan kami berazam untuk mencapainya," katanya.
Simeone, bekas pemain tengah yang terkenal kerana permainan keras dan memiliki 100 cap, memuji para pemainnya.
"Menang memang sentiasa menakjubkan, namun ia lebih gembira sebagai pemain, kerana di atas padang, anda boleh menjerit dan berlari memberi penghormatan kepada penyokong.
"Saya bangga dengan pemain, gembira untuk penyokong dan berterima kasih kepada mereka yang membawa saya ke kelab ini pada Disember lalu," katanya. - AFP
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










