ARKIB : 11/05/2012
Pelbagai acara menarik di Karnival Tanjung Leman
JOHOR BAHRU 10 Mei - Jika anda tidak mempunyai apa-apa rancangan hujung minggu ini, apa kata luangkan masa bersama keluarga menghadiri Karnival Tanjung Leman 2012 yang bermula esok.
Karnival tiga hari anjuran Damansara Assets Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Johor Corporation itu menyediakan pelbagai acara menarik, antaranya pertandingan tarik tali, bola tampar pantai, memancing dan perahu layar.
Ketua Bahagian Promosi Damansara Assets, Ungku Abdul Aziz Ungku Hasnan berkata, karnival itu merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan mempromosikan Tanjung Leman sebagai pusat peranginan serta satu tarikan pelancongan di negeri ini.
"Pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti ceramah agama, sukaneka rakyat, persembahan dan aktiviti bersama artis, pertandingan catur bistari, mewarna, pameran dan jualan diadakan untuk memeriahkan karnival.
''Penyertaan dibuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran dikenakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, petang esok orang ramai dijemput menghadiri saringan pertandingan karaoke, manakala malamnya ceramah agama yang disampaikan oleh Kadi Daerah Mersing, Sheikh Mohd. Nasri Rahman bermula pukul 9 malam.
Beliau berkata, pelbagai pertandingan dan acara sukaneka berlangsung keesokan harinya bermula pukul 8 pagi yang menawarkan hadiah menarik termasuk wang tunai kepada para pemenang.
"Misalnya, pertandingan bola tampar pantai menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM2,800, manakala acara memancing menyediakan wang tunai RM25,000," katanya.
Ungku Abdul Aziz berkata, pengunjung bukan sahaja berpeluang menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan, malah turut dihiburkan dengan persembahan beberapa artis tempatan seperti Nassier Wahab, Poey Sting, Roslan Shah, Royce Saayan, Fit Hamzah dan Ika Razman.
Justeru, orang ramai khususnya penduduk di sekitar Tanjung Leman dan Mersing dijemput menyertai dan memeriahkan karnival berkenaan.
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Asap, bau masakan tidak halal
Tubuh pusat latihan kemahiran di Tanjung Bin
Kerajaan dibentuk atas konsep muafakat
Kepak 2013 berjaya buka peluang pekerjaan, beri khidmat nasihat kepada pengunjung
Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman
Peranan guru ditagih
PAIM tawar peluang kerja di Kepak 2013
3 pemimpin Pontian cipta sejarah
Abd. Latiff tekad sediakan lebih banyak rumah
JCorp terus jadi rakan strategik Kepak 2013
Tingkatkan tahap perkhidmatan
Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja
Ziarah sempena sambutan Hari Guru
150 calon UPSR 13 sekolah sertai ceramah motivasi PTP
Mesyuarat Exco pertama Khaled
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









