VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 10/05/2012

Zolkples tegur BAM isu jurulatih

KUALA LUMPUR - Selepas tidak gembira dengan cara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengendalikan peletakan jawatan bekas jurulatih beregu, Rexy Mainaky bulan lalu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menegur pula cara badan badminton kebangsaan itu menguruskan isu jurulatih dari Korea Selatan, Yoo Yong-sung meletakkan jawatannya, minggu lalu.

Zolkples khuatir pemergian Yong-sung dalam suasana 'tidak harmoni' akan memberi persepsi buruk kepada Malaysia di mata komuniti badminton antarabangsa.

Malah katanya, badan badminton itu langsung tidak berunding dengan MSN ketika mahu menyambung kontrak bekas pakar beregu Korea itu, sedangkan ketika mereka membawa masuk jurulatih berkenaan BAM dan MSN telah bersetuju untuk mengambilnya atas dasar sementara.

Difahamkan dalam persetujuan awal, BAM membayar gaji Yong-sung bagi tempoh enam bulan pertama. MSN pula akan menilai prestasi pemilik dua pingat perak Sukan Olimpik itu, sebelum berbincang dengan BAM sekali lagi bagi menentukan sama ada mereka perlu membantu membayar separuh daripada gaji jurulatih itu atau sebaliknya selepas tempoh berkenaan.

"Saya tidak tahu (situasi Yong-sung), BAM tidak bincang dengan kita. Masa hendak bawa jurulatih dari Korea itu, saya beritahu ini cuma sementara, sama ada dia mempunyai kontrak dengan BAM selepas itu atau menyambungnya, saya tidak tahu.

"Bila mereka cakap kewangan adalah masalah utama (yang menyebabkan rundingan untuk menyambung kontrak gagal), saya tidak boleh komen... sebab saya tidak tahu.

"Apa pun saya sentiasa percaya, kalau kita hendak mengambil jurulatih luar. Kalau mereka hendak menamatkan kontrak, patut ada satu persefahaman bersama dan saling menghormati. Jurulatih luar ini akan pergi, kalau mereka pergi dengan baik, mereka akan kata sesuatu yang baik mengenai kita tetapi kalau tidak baik, mereka akan cakap perkara tidak bagus mengenai negara kita,'' ujar Zolkples kepada sebuah blog sukan tempatan, www.ssdhaliwal.blogspot.com.

Zolkples turut menegur BAM yang sepatutnya menunjukkan budi bahasa dengan mengajak MSN berbincang mengenai tindakan yang mahu atau akan diambil ke atas jurulatih kerana mereka juga membayar sebahagian daripada gaji jurulatih.

Perkara itu merujuk kepada isu Rexy di mana Zolkples amat kecewa kerana badan tersebut terlalu mudah menerima peletakan jawatan jurulatih kelahiran Indonesia itu, sedangkan ketika keputusan tersebut diambil Sukan Olimpik sudah terlalu hampir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.