VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 10/05/2012

4 maut banjir di Maluku Utara

JAKARTA 9 Mei - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 10 lagi masih hilang selepas banjir yang membawa tanah lumpur gunung berapi, melanda sebuah pekan di timur Indonesia hari ini.

Jurucakap Agensi Bantuan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, banjir lumpur tersebut melanda bandar Ternate di Maluku Utara kira-kira pukul 2 pagi (1 pagi waktu Malaysia) selepas hujan lebat sepanjang malam.

Katanya, dua orang turut cedera dalam kejadian itu dan sekurang-kurangnya 20 buah rumah musnah, menyebabkan penduduk dipindahkan ke bangunan kerajaan dan sekolah.

"Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari 10 mangsa yang hilang," katanya.

Banjir tersebut membawa tanah lumpur dari Gunung Berapi Gamalama, yang membentuk seluruh pulau Ternate di rangkaian Maluku.

Gunung berapi terbabit meletus dan mengeluarkan debu setinggi 2,000 meter pada Disember tahun lalu.

Dua sungai di kawasan timur pulau itu melimpah selepas hujan lebat dan membawa lumpur gunung berapi ke tiga kawasan kampung di pekan tersebut.

Gugusan kepulauan Indonesia mempunyai berpuluh-puluh gunung berapi aktif dan Gunung Merapi merupakan yang paling aktif.

Kira-kira 350 orang terbunuh selepas Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah itu meletus pada 2010. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.