ARKIB : 10/05/2012
Penghidap HIV edar dadah ditahan
HULU TERENGGANU 9 Mei - Seorang penghidap virus HIV yang dipercayai pengedar dadah ditahan dalam satu serbuan di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Kuala Pueh, dekat sini semalam.
Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang semasa suspek dipercayai membawa bekalan dadah berkenaan ke sebuah lokasi yang dijadikan pusat pengedaran.
Lelaki berusia 25 tahun itu yang menyedari kehadiran sekumpulan anggota polis cuba melarikan diri dan bersembunyi dalam longkang sebelum mencampakkan beg pinggangnya.
Bagaimanapun, setelah diperiksa, polis menemui lima botol berisi dadah jenis heroin bernilai RM3,500 dan 60 biji pil kuda bernilai RM1,500 di dalam beg tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Rosli Mohd. Amir ketika ditemui memberitahu, suspek dipercayai baru setahun aktif mengedar dadah di sekitar kampung itu melalui stok yang diambil di Besut.
Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah itu didapati positif dadah jenis morfin dan metamphetamine.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta sama dan jika sabit salah tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Rumah peninggalan pedagang dibuka 2016
OKU disaran kuasai ilmu pengetahuan baiki kehidupan
Terima kasih TNB!
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









