ARKIB : 06/05/2012
100 sukarelawan bantu penduduk
PONTIAN 5 Mei - Seramai 100 sukarelawan menyertai program Dijejaki Disayangi anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di beberapa kampung di Telok Kerang dekat sini, baru-baru ini.
Program yang mendapat kerjasama Syarikat Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi peluang kepada sukarelawan memberikan khidmat mereka kepada 10 penerima bantuan JKM di kampung tersebut iaitu Cheng Tong Huat, Rahmah Haris, Hashimah Onn, Hamisah Hamzah, Salmiah Md. Som, Samsiah Kamshir, Jainon A. Razak, Tin Gik Huat, Som Kasron dan Munah Mohadan.
Kumpulan sukarelawan itu melakukan pelbagai kerja gotong-royong di rumah pelanggan mereka seperti membersihkan kawasan di dalam dan luar rumah serta menyusun semula perabot.
Mereka diketuai oleh Pegawai JKM Ledang, Salehuddin Abd. Kadir Wahab.
Salehuddin berkata, pihaknya turut membuat kaji selidik ke atas penerima bantuan berkaitan hubungan mereka dengan masyarakat, masalah tempat tinggal, kesihatan dan kemudahan rumah.
Sementara itu, Hamisah, 65, yang tinggal bersendirian di Kampung Sawah Lama, Teluk Kerang terharu dengan kunjungan kumpulan sukarelawan itu yang membantu membersihkan rumahnya.
Dia yang tidak berkahwin kini bergantung kepada bantuan bulanan RM300 oleh JKM sejak 2009 selain sumbangan adik-beradik yang lain untuk membeli barangan keperluan hariannya.
"Nak kata sunyi tidak juga kerana rumah saya berdekatan dengan adik-beradik lain yang selalu datang menjenguk dan memberikan bantuan apabila diperlukan," katanya yang pernah bekerja di kilang perabot.
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









