ARKIB : 05/05/2012
Azarenka si jelita yang manja
SIAPA tidak kenal Victoria Azarenka, bintang No. 1 dunia yang cukup popular dengan permainan agresif dan gemar menjerit setiap kali membalas pukulan lawan.
Menyaksikan ketangkasan bintang tenis jelita kelahiran Belarus ini di atas gelanggang, pasti ramai yang tidak menduga Azarenka sebenarnya memiliki perwatakan manja dan seorang yang periang.
Sinonim dengan personalitinya itu, Azarenka yang lebih mesra dipanggil Vika cukup gemar mengumpul anak patung beruang yang comel.
Pemain berusia 22 tahun ini juga pernah secara terbuka memberitahu media bahawa dia akan membeli semua keluaran baru anak patung beruang yang ada di pasaran.
Selain mengumpul anak patung tersebut, Azarenka juga seperti wanita lain yang gemar membeli-belah. Jika ada masa terluang dan tidak| terlibat dengan sebarang jadual latihan mahu pun kejohanan, dia pasti akan melaksanakan aktiviti kegemarannya itu.
"Ya, saya amat suka membeli-belah dan saya boleh jadi gila kerana hobi ini. Jenama Gucci menjadi pilihan utama saya untuk pakaian, manakala kasut pula saya gemarkan jenama Diro dan setiap kali saya berkunjung ke mana-mana tempat, saya pasti akan membeli-belah.
"Mungkin sesetengah orang masih belum tahu tentang saya bahawa saya amat meminati kenderaan serta memandu secara pantas dan saya juga ada menanam impian untuk memiliki sebuah Mercedes baru," katanya.
Mengenai kehidupan peribadi, bagi mana-mana lelaki yang ada menaruh hati kepada si jelita ini, lupakan hasrat untuk memikatnya kerana hati Azarenka telah pun dimiliki.
Jejaka bertuah tersebut lain tidak bukan adalah pemain tenis, Sergei Bubka Jr. iaitu anak kepada legenda lompat bergalah dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Sergei Bubka.
Bubka sering menjadi inspirasi kepada Azarenka setiap kali menyertai mana-mana kejohanan dan teman lelakinya itu kerap dilihat menyaksikan pemain wanita No. 1 dunia itu beraksi di gelanggang jika kelapangan.
Malah, Azarenka bijak menjaga perasaan teman lelakinya itu. Ketika menjuarai Terbuka Australia 2012, dia tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Bubka dan sekali gus mengurangkan rasa cemburu lelaki tersebut terhadap pencapaian pemain Azarenka kerana kedua-dua mereka adalah pemain tenis profesional.
Selain bijak menjaga perasaan teman lelakinya, Azarenka juga adalah seorang atlet yang berbakat dalam seni tarian.
Pernah ketika hadir ke satu pameran, Azarenka sempat mempelajari satu pergerakan baru daripada seorang lelaki Perancis.
"Saya melihat dia menari dan lelaki itu mengajar saya beberapa langkah yang saya tidak tahu, ia adalah sesuatu yang baru buat saya.
"Lelaki Perancis itu telah mengajar langkah seperti dougie dan jerk serta beberapa lagi sehingga ada kalanya saya rasa ia seperti pergerakan bebas," kata Azarenka yang memilih Australia sebagai destinasi pelancongan paling digemarinya.
Sihat, ceria resipi kejayaan Sazali
Sukan terjun cenuram
Deruman Litar F1
Terima positif, ambil serius keluhan Rajagobal
Belum tentu acara Olimpik julang atlet kita di Sukan SEA
Masih adakah lagi aura sukan sea?
Lima pasukan teratas berpeluang rebut takhta Liga Super
Ghairah cari mata akhirnya tidak buahkan hasil
Pelumba kita perlukan pendedahan di luar negara jika mahu kuasai LTdL
Tinggalkan dunia rempit
Soccer Kids All Stars ke London
Atlet istimewa cetus inspirasi
Zaqhwan puas redah becak
Kegagalan dalam acara final keirin di Olimpik masih dirasai
Bersara, aib dan muflis
Juarai angkat berat pada usia 77
Diiktiraf kerana pelik
Sukan terus cemerlang
7 gelaran Terbuka Dunia inspirasi rakyat Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











