VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 03/05/2012

Tubuh Jawatankuasa Aduan Pelajar IPT

PUTRAJAYA 2 Mei - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan menubuhkan Jawatankuasa Aduan Pelajar bagi mendengar serta menyiasat semua aduan yang dikemukakan oleh penuntut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan sendiri oleh Naib Canselor dan fungsinya memudahkan penuntut menyalurkan aduan mereka.

Menurutnya, penubuhan itu sejajar dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diluluskan bulan lalu dan dilihat menjadi ruang baru bagi mendengar suara penuntut.

Katanya, jawatankuasa itu akan menjadi saluran untuk pelajar membuat aduan berhubung rasa tidak puas hati dalam apa saja perkara membabitkan universiti.

"Sebelum ini tiada mekanisme seperti ini, justeru dengan pindaan AUKU ini, kita tidak boleh elak, Naib Canselor perlu mempengerusikannya dan meluangkan masa mendengar aduan pelajar," katanya selepas majlis taklimat media berhubung AUKU dan pembelajaran sepanjang hayat di sini hari ini.

Jawatankuasa itu turut dianggotai wakil alumni, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta dua lagi panel yang boleh dicadangkan oleh pelajar sendiri.

Menerusi peruntukan Seksyen baru 21 A Jadual Pertama AUKU, Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuhkan bagi menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa saja aduan pelajar.

Selaras dengan pindaan tersebut, katanya, semua penuntut baru bagi kemasukan September depan akan diwajibkan menandatangani kontrak antara pelajar dan universiti.

"Itu (kontrak) adalah antara mereka dan universiti yang mana universiti akan melindungi mereka dan mereka pula perlu menjaga reputasi universiti. Ia seperti kontrak biasa misalnya apabila kita membeli tiket wayang, pada tiket itu akan tertera syarat yang dianggap mengikat kedua-dua pihak," katanya.

Mohamed Khaled berkata, walaupun kontrak itu dirangka sendiri oleh pihak universiti namun kementerian akan menyediakan garis panduan secara umum untuk keseragaman di semua IPT.

"Garis panduan akan ditentukan sendiri oleh universiti mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak berasaskan kepada keadaan di universiti.

Katanya, kementerian akan memanggil pihak universiti untuk mendapatkan pandangan supaya sepakat menggunakan satu garis panduan namun perinciannya bergantung kepada pihak universiti.

Mengulas mengenai pembabitan penuntut IPT dalam perhimpunan Bersih 3.0, beliau berkata, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang.

"Terpulang juga kepada pihak universiti jika pada pandangan mereka, apa saja tindakan pelajar masing-masing yang menyertai BERSIH 3.0 boleh menjejaskan imej dan reputasi universiti," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kementerian akan menganjurkan Karnival Kerjaya selama dua hari bermula 9 Jun ini di Presint 2 bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang ekonominya berasaskan kepada ilmu pengetahuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.