ARKIB : 03/05/2012
29 tahun tabur bakti sebagai pendidik
KEPALA BATAS 2 Mei - Setelah 29 tahun lapan bulan menabur bakti sebagai guru, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Perdana, Ibrahim Bakar, akhirnya bersara daripada perkhidmatannya pada hari ini.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah King George, Taiping, Perak pada 1984 sehingga menjawat jawatan terakhir di SMK Bertam Perdana.
Ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini, Ibrahim berkata, banyak kenangan dilalui sepanjang bertugas sebagai guru sehingga menjawat jawatan Guru Penolong Kanan HEM itu.
"Saya tabah menjalankan tugas walaupun pada masa itu keluarga saya bukan golongan kaya," katanya ketika ditemui pada Majlis Perpisahan Ibrahim di SMK Bertam Perdana di sini.
Bagi meraikan persaraannya itu, seramai 27 guru dan 426 pelajar sekolah itu menganjurkan majlis perpisahan dengan pelbagai persembahan pentas termasuk deklamasi sajak.
Ibrahim berasal dari Kampung Lahar Kepar, Penaga di sini pernah bertugas di SMK Sri Muda, Penaga dari 1986 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai guru di SMK Bertam Perdana.
Setiausaha majlis, Musliza Morat berkata, Ibrahim adalah guru pertama bersara setelah SMK Bertam Perdana beroperasi dua tahun lalu.
"Banyak nasihat beliau disampaikan kepada guru dan pelajar sebelum persaraannya," katanya.
Wakil belia, penjaja jadi ahli majlis PBT - Exco
24,111 penderma darah di HPP tahun lalu
Econsave hulur sumbangan untuk pesakit lumpuh
JKJR yakin capai sasaran
RM500,000 diperuntuk bantu 50 peserta 1Azam Tani Pulau Pinang
70 pelajar ke IPT dibantu
Kakitangan WOU 'cemas' bangunan universiti terbakar
20 keluarga mangsa ribut dibantu
Lim Swee Bok dan Loo Bee Ooi dinobat Tokoh Belia Pulau Pinang
Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong agih 10 spesies terbaik harumanis
YAS bantu 30,000 orang miskin
RM100j naik taraf bekalan elektrik
Tanah Orang Asli diceroboh
80 pelajar tingkatan enam terima dermasiswa Baiduri
Jalan Langgar perlu lampu isyarat
Koperasi Felcra Seberang Perak catat untung RM3.1 juta tahun lalu
Banjir lumpur hantui penduduk Kampung Suluk
Nikmati keindahan paya bakau
Indeks jenayah meningkat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










