VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 02/05/2012

60 staf UTeM sedia hadapi situasi cemas

KAKITANGAN UTeM mendengar taklimat daripada pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh pada kursus menyelamat di FTK, Kampus Industri UTeM, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 1 Mei - Kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini sudah bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan akibat bencana alam.

Mereka telah didedahkan dengan pelbagai kaedah untuk memberi bantuan kecemasan dan menyelamatkan diri jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kira-kira 60 kakitangan Pejabat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (PKKP) UTeM dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh telah mengadakan kursus menyelamat bertempat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Kampus Industri UTeM baru-baru ini.

Kakitangan UTeM yang menjalani kursus berkenaan telah diberi pendedahan dari segi persediaan menghadapi situasi yang tidak diingini.

Menurut wakil PKKP UTeM, antara objektif utama latihan itu diadakan untuk melatih peserta mengenai tindakan yang perlu diambil jika berlaku sebarang kejadian kecemasan di tempat kerja.

"Latihan seperti penggunaan alat pemadam api dan salur bantu sekiranya berlaku kebakaran di bangunan pentadbiran dan bangunan lain dalam kampus ini turut diadakan," katanya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus itu ialah ceramah, cara memadam api yang betul, kawad bomba dan simulasi teknik menyelamat mangsa tercedera.

Seorang peserta, Azizi Osman berkata, program tersebut memberi manfaat besar kepada kakitangan dalam memupuk rasa kesediaan berhadapan dengan situasi cemas.

''Dalam situasi yang cemas orang ramai akan menjadi panik tetapi jika tindakan yang betul diambil ia boleh mengelak daripada sebarang kejadian lebih buruk berlaku," katanya.

Bagi seorang lagi kakitangan, Firdaus Halim berkata, latihan simulasi bangunan yang melibatkan kakitangan harus diadakan dengan lebih kerap supaya semuanya lebih berjaga-jaga dan mengikuti arahan yang diberikan jika berlaku kebakaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.