VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 02/05/2012

Pahang perkenal konsep rumah PR1MA

KUANTAN 1 Mei - Kerajaan negeri bakal melaksanakan projek perumahan seperti mana pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam usaha memastikan masyarakat memiliki rumah sendiri terutama golongan muda.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rumah tersebut berkeluasan 3,000 kaki persegi akan ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.

"Rumah yang memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air itu akan dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM70,000 hingga RM150,000.

"Sesiapa sahaja tanpa mengira kaum boleh memohon untuk mendapatkan rumah tersebut yang akan dibina menggunakan Sistem Binaan Bersepadu (IBS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini semalam.

Menurut Adnan, melalui teknologi IBS, rumah tersebut dijangka siap dalam masa yang singkat iaitu antara dua hingga tiga minggu.

"Pada masa kini, kita telah mengenal pasti beberapa lokasi, antaranya ialah di Lipis dan Bentong," jelasnya.

Tambah Adnan, dalam memenuhi keperluan perumahan pada masa kini, kerajaan cuba untuk mengurangkan harga rumah yang semakin meningkat.

"Justeru, kerajaan negeri sanggup berunding dengan mana-mana pemaju asalkan mereka bersetuju dengan keuntungan sebanyak 30 peratus sahaja daripada harga kos," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.