ARKIB : 02/05/2012
Hoki wanita kalah 1-2 kepada Chile
KUALA LUMPUR - Kesilapan memberikan Chile dua pukulan sudut penalti pada lima minit terakhir perlawanan membawa padah buat skuad hoki wanita negara yang di ambang kemenangan sulung saingan Kumpulan A Pertandingan Kelayakan Olimpik di Kakagamihara, Jepun semalam.
Kesilapan membiarkan lawan bangkit menyebabkan skuad negara akhirnya kalah 1-2.
Kekalahan itu bermakna Malaysia hampir pasti beraksi dalam penentuan tempat kelima-keenam dengan pasukan tercorot, Austria pada pada perlawanan terakhir kumpulan esok.
Andai memenangi pertemuan dengan Chile semalam, skuad bimbingan Nasihin Nubli berpeluang menamatkan saingan pada kedudukan sebaik mungkin, setidak-tidaknya mencuba nasib dalam perlawanan klasifikasi ketiga-keempat.
Hakikatnya tidak. Pasukan negara dinafikan harapan tersebut gara-gara kehilangan fokus pada lima minit terakhir selepas gah mendominasi hampir keseluruhan permainan.
Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pembukaan, Malaysia akhirnya memecah kebuntuan menerusi pukulan sudut Silin Fazilla Slyvester pada minit ke-49.
Jaringan itu disangka memadai untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukannya.
Malangnya pada minit ke-66, Chile, pasukan Amerika Selatan kedua terbaik yang menghuni ranking ke-17 dunia, meraih pukulan sudut penalti dan kesempatan itu tidak disia-siakan Manuela Urroz untuk jaringan penyamaan.
Kegugupan pertahanan Malaysia terus memuncak pada minit terakhir permainan, akibatnya satu lagi pukulan sudut penalti diberikan kepada lawan dan Daniela Caram menjadi wira pasukannya dengan gol kemenangan yang menghancurkan hati para pemain negara.
Menurut Nasihin, segala-galanya berjalan lancar mengikut perancangan sehinggalah lima minit terakhir apabila pertahanan membuat kesilapan sehingga menghadiahkan lawan pukulan sudut penalti.
"Seluruh pasukan bermain pada tahap terbaik sepanjang perlawanan dan membuahkan hasil dengan jaringan pendahuluan.
"Bagaimana amat mengecewakan apabila segala kerja keras diragut begitu sahaja dengan kesilapan dan kehilangan fokus barisan pertahanan sehingga memberikan lawan pukulan sudut penalti pada saat getir," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas dari Jepun.
Tambah Nasihin, Noor Hasliza Md. Ali terpaksa dikeluarkan pada 10 minit terakhir kerana kecederaan lutut.
Sebelum ini, Malaysia tewas 0-4 kepada Azerbaijian, diikuti 0-8 di tangan Jepun dan seri 2-2 dengan Belarus.
Pasukan negara yang meraih hanya satu mata kini menduduki tangga kelima dengan baki satu perlawanan.
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










