ARKIB : 02/05/2012
Bertindak terhadap peniaga asing terlibat Bersih 3.0
KUALA LUMPUR 1 Mei - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan diambil terhadap peniaga warga asing haram yang didakwa turut menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lalu.
Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, ramai peniaga di ibu negara tampil membuat aduan kepada pihaknya memaklumkan mereka mengalami kerugian besar akibat kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan Bersih 3.0.
Beliau berkata, kerugian tersebut adalah kali kedua ditanggung oleh peniaga berkenaan selepas melalui pengalaman sama semasa Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu.
"Kami membuat laporan kerana ramai peniaga di sekitar Kuala Lumpur telah membuat aduan memaklumkan mereka mengalami kerugian besar akibat Bersih 3.0.
"Semasa perhimpunan tersebut, difahamkan ramai peniaga warga asing haram mengambil bahagian dan kita mahu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Imigresen dan polis mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya juga meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 2.0, Bersih 3.0, Himpunan Patriot (Patriot) serta pemimpin pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan sebelum ini.
Beliau berkata, disebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 2.0, maka Bersih 3.0 muncul pada Sabtu lalu dan tidak mustahil penganjur akan merancang mengadakan Bersih 4.0 pada masa hadapan jika tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.
Katanya, Ikhlas mewakili 317 peniaga yang terjejas pendapatan semasa Bersih 2.0 juga kesal kerana permohonan pengesahan pihaknya untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM817,205 yang sudah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak mendapat maklum balas sehingga kini.
"Kepada Peguam Negara, kita minta beliau segera memberi jawapan kepada permohonan tersebut atau meletak jawatan jika gagal kerana sikapnya adalah bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang mahu direalisasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan turut menggesa para peniaga dan pertubuhan bukan kerajaan di negara ini agar berhenti memberi sokongan kepada pembangkang yang jelas tidak menghormati undang-undang dan sering menyusahkan rakyat melalui tindakan mereka menganjurkan perhimpunan haram seperti Bersih 3.0.
Katanya, tindakan menyokong pembangkang bukan sahaja menjejaskan pendapatan peniaga tetapi ekonomi Melaysia secara keseluruhannya kerana pelabur akan takut untuk datang ke negara ini apabila berlaku huru-hara.
Anwar terus hasut rakyat
Spring bukan cara Pas, Islam
Dewan Pemuda Pas tolak politik ganas
Anwar tidak komited untuk berdamai - Jusuf Kalla
Segera hentikan permainan Anwar sebelum terlambat
Himpun bantah keputusan PRU-13 hina Agong
Rakyat Malaysia 'bikin' malu di kota London
'Saya tidak akan tunduk'
DAP perlu minta Anwar, Jui Meng 'berhenti'
Karpal patut hormat Perlembagaan
Idris sambut baik Pas tolak konspirasi
DAP hipokrit, dwi standard - bekas ahli
Zahrain cabar Guan Eng baca surat ROS
Karpal beri amaran akhir kepada Tunku Aziz
Ugut Tunku Aziz untuk alih perhatian umum
Terima, hormati keputusan PRU-13
DAP tak payah kacau, tunggu perkenan Sultan Selangor
Yakin Exco baharu Pahang mampu laksana tugas
Jawatan Kabinet: SPDP, PRS serah pada PM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









