VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 02/05/2012

KD Mahawangsa catat sejarah

KEPTEN Jamel (tengah) memberi penerangan kepada tetamu mengenai KD Mahawangsa di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan baru-baru ini.

MESKIPUN ada banyak lagi agensi lain yang memperoleh sijil Amalan 5S,(Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal), pelaksanaannya di KD Mahawangsa dilihat cukup sempurna.

Disebabkan kesempurnaan itu, KD Mahawangsa menjadi kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dianugerahkan pensijilan tersebut pada 5 Januari lalu.

Kapal yang mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar itu turut memperoleh pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007.

Selain itu, kapal yang ditauliahkan pada 16 Mei 1983 itu turut mencatatkan kejayaan dalam Penilaian Kesediaan Operasi tahun lalu sehingga dijadikan sebagai role model untuk kapal-kapal TLDM lain.

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kepten Jamel Abd. Rahman berkata, organisasi yang boleh mengamalkan amalan 5S boleh mencipta satu transformasi baru yang efektif dan berkesan dalam sistem pengurusan kerana ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti dan daya produktiviti dalam negara.

Menurutnya, pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S khususnya dalam sektor awam dan swasta mampu mentransformasikan negara ke arah kecemerlangan.

"Amalan 5S merupakan elemen-elemen yang penting dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang lebih cekap dan efisien dalam memudahkan kerja atau perkhidmatan yang diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan swasta ke atas kapal yang menerima pensijilan 5S itu di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan baru-baru ini.

Lawatan itu diketuai oleh Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ab. Rahim Yusoff.

Mengulas lanjut, Jamel berkata, amalan 5S juga akan memberikan banyak faedah dan kebaikan seperti memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, kemas dan berada dalam persekitaran terbaik serta dapat membantu dalam penjimatan masa, kos, kerja lebih sistematik dan budaya kerja profesional.

Beliau sangat yakin dengan adanya usaha yang berterusan serta komitmen yang tinggi oleh pengamal-pengamal 5S di sesebuah organisasi, ia mampu mempertingkatkan produktiviti sekiranya berada dalam suasana dan keadaan tempat kerja yang kondusif serta selesa.

Mengenai amalan 5S yang diamalkan di KD Mahawangsa, Jamel berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan.

"Pensijilan 5S mempunyai kaitan dengan pengurusan yang lebih efektif dan efisien. Sebagai contoh, kami kini mempunyai sistem tersendiri di mana sebarang pengurusan dan pencarian bagi kelengkapan, alat ganti dan dokumen boleh dilakukan dalam masa singkat.

"Kami menetapkan masa 20 saat bagi setiap proses kerja itu malah boleh dilakukan sepantas 15 saat. Ia adalah penanda aras bagi tahap kecekapan kami. Amalan ini akan terus dimantapkan lagi bagi memperlihatkan KD Mahawangsa melaksanakan amalan kerja yang berkualiti tinggi dan profesional," katanya.

Beliau menambah, sistem berkenaan dapat menjimatkan masa operasi malah mengurangkan risiko namun aspek keselamatan masih diutamakan.

"Antara pendekatan yang dilakukan bagi memastikan kecekapan itu dengan memastikan setiap bahagian kapal mempunyai wakil di kalangan anggota yang memastikan persekitaran berjalan dengan lancar dan teratur," katanya.

Pelbagai tugas

Dikategorikan sebagai Multi Purpose Command Support Ship (MPCSS), KD Mahawangsa berukuran panjang 103 meter, lebar 15 meter dan mempunyai kedalaman perut lima meter.

Kapal itu telah terlibat dalam pelbagai tugas bantuan kemanusiaan antaranya menghantar bantuan kemanusiaan bagi pelarian Afghanistan pada 2001; membantu mangsa Tsunami 2004 dan menghantar kenderaan berperisai infantri dari Briged Infantri ke-4 (Mekanis) sebagai sebahagian dari pasukan pengaman bagi Operasi Astute ketika krisis Timor Leste 2006.

Pada 28 Oktober 2011, KD Mahawangsa bersama tiga lagi kapal milik TDLM bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru di perairan Indonesia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.