ARKIB : 01/05/2012
TM buka pusat data pertama di luar negara
KUALA LUMPUR 30 April - Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah melancarkan pusat data serantau pertamanya di luar Malaysia iaitu di Hong Kong.
Pusat data yang dinamakan VADS Hong Kong Data Centre (HKDC) itu terletak di Billion Centre dalam kawasan Kowloon Bay.
HKDC mempunyai keluasan 14,000 kaki persegi dan menepati sebagai pusat data hijau (mesra alam).
TM dalam kenyataan di sini berkata, HKDC dijangka menerima peningkatan permintaan bagi perkhidmatan berasaskan pengkomputeran awan melalui cabang teknologi maklumat dan komunikasinya, VADS Bhd. (VADS).
Menurut TM, dengan pembangunan terkini itu, ia menjadi petanda kepada perkembangan TM dalam pusat pasaran data, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pemain industri komunikasi di negara ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, pihaknya telah memilih Hong Kong sebagai pusat data di luar Malaysia.
Katanya, negara itu mempunyai keupayaan strategik yang boleh menarik lebih banyak syarikat multinasional untuk memperkembangkan perniagaan masing-masing di Asia Pasifik.
"Tiada siapa yang boleh menafikan Hong Kong merupakan pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik," ujarnya.
Tambah Zamzamzairani, melihat dari sudut pandangan telekomunikasi, Hong Kong sangat berpotensi menjadi pusat data serantau.
Katanya, selain pusat data, negara itu menjadi pusat sistem kabel laut dalam utama dunia termasuk APCN2, AAG, SMW3, Asia Pacific Gateway (APG), Tyco Global Network-Intra Asia (TGN-IA), East Asia Crossing City-to-City (EAC-C2C) dan Cahaya Malaysia.
Jadi, tambah beliau, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang beraspirasi serantau, TM tidak boleh ketinggalan untuk berada di negara itu.
Melalui pembukaan HKDC, kata Zamzamzairani, para pelanggan TM boleh menikmati perkhidmatan pusat data bersepadu yang digabungkan dengan pusat data di Malaysia dan juga dengan pusat data global yang lain.
"Kepelbagaian perkhidmatan kerjasama lokasi di Hong Kong ini juga dapat menyokong pelan pemulihan bencana alam," ujarnya.
HKDC juga boleh menawarkan perkhidmatan sebagai pusat sehenti kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyelesaian penyumberan luar proses perniagaan (BPO).
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Allianz General perkenal insurans melalui tiket
Malaysia kekal rakan dagang utama China di ASEAN
PCG peruntuk RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin prestasi
Exim Bank kerjasama dengan CIDB, MDeC
LTH komited RM150 juta dalam dana pajakan
AEON sedang dibina di Kulaijaya
Malaysia sertai AEF di Astana
Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM436.9 bilion pada 15 Mei
Harga saham ditutup rendah, FBM KLCI jatuh ke paras paling rendah
IHP naik 1.7 peratus pada April
Brightstar edar LG Optimus baharu
PCG sedia capex RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin capai sasaran naik 20 peratus penguasaan pasaran
Untung Boustead RM134 juta
LTH komited labur RM150 juta dalam dana pembiayaan pajakan
Malindo Air tawar 5 kg tambahan bagasi percuma
Excim Bank bantu syarikat tempatan teroka pasaran luar
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









