VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 30/04/2012

Tindakan ibu bapa dikecam

Tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu kota semalam mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

KUALA LUMPUR 29 April - Tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 yang membawa anak-anak mereka ke perhimpunan itu dikecam sekeras-kerasnya, sekali gus disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Tan Sri Zaleha Ismail berkata, ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak dan bukannya sengaja mendedahkan mereka kepada risiko yang boleh mengancam nyawa.

''Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan sahaja memberi makan minum kepada anak-anak, malah, perlu dipastikan keselamatannya.

''Jika beli rumah sekalipun mereka perlu memastikan persekitarannya selamat, sedangkan tempat perhimpunan semalam sudah diketahui boleh mengundang bahaya seperti rusuhan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Peserta perhimpunan haram itu semalam bukan sahaja tidak mengendahkan saranan pihak berkuasa agar perhimpunan itu diadakan di kawasan lebih sesuai seperti di stadium, malah, membawa kanak-kanak kecil menyertai mereka.

Kanak-kanak Melayu merupakan antara 400 peserta yang turut dibawa berhimpun dan mengedarkan poster anti-Lynas di Menara Berkembar Petronas.

Zaleha berkata, tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu boleh didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 serta Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah pula berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap peserta perhimpunan itu yang sengaja menggunakan kanak-kanak sebagai perisai.

''Saya tidak faham kenapa mereka mahu melibatkan kanak-kanak dalam perhimpunan itu kerana kita tidak jangka segala kemungkinan dan risiko akan berlaku sehingga mengancam nyawa mereka.

''Bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada kanak-kanak tersebut, siapa mahu bertanggungjawab?,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.