ARKIB : 30/04/2012
Maxis perkenal 20 aplikasi eksklusif
SYARIKAT penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu negara, Maxis Berhad (Maxis) baru-baru ini memperkenalkan 20 aplikasi eksklusif untuk para pengguna rangkaian mereka.
Dengan tumpuan penyediaan antara muka lebih mesra pengguna, pengenalan aplikasi itu bermatlamat memberi perkhidmatan nilai tambah selain meningkatkan pengalaman operasi mudah alih pada telefon pintar.
Apa yang menarik, pembangunan aplikasi-aplikasi tersebut mengetengahkan konsep setempat yang memudahkan dan lebih dekat pengguna.
Ia termasuk aplikasi berkaitan hiburan, pelancongan, gaya hidup, sukan, berita, pengurusan bil peribadi, perayauan dan khidmat pelanggan.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan, sebagai peneraju dalam servis data mudah alih, Maxis terus komited menyedia aplikasi yang relevan dengan pengguna.
''Maxis mempunyai seramai lapan juta pelanggan Internet mudah alih yang bukan sahaja menggunakan peranti pintar mereka untuk tujuan suara tetapi juga perkhidmatan data.
''Justeru, menerusi tawaran aplikasi yang disokong oleh servis Maxis Cloud ini, diharap pengguna dapat menikmati segala kandungan dengan lebih seronok,'' katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, Maxis turut memberi fokus terhadap aktiviti jalinan kerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa bagi membawa aplikasi lebih inovatif kepada pelanggan.
Ketika ini, Maxis sedang bekerjasama dengan syarikat antarabangsa PayPal dalam menyediakan platform pembayaran mudah melalui laman web dan telefon pintar.
''Kerjasama Maxis dengan PayPal merupakan yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan pengendali rangkaian mudah alih dan perkhidmatan pembayaran secara dalam talian,'' jelasnya.
Pengguna boleh memuat turun kesemua aplikasi berkenaan secara percuma melalui gajet pintar mereka seperti iPad, iPhone dan peranti Android di App Store Apple dan Play Store Google (sebelum ini dikenali sebagai Android Market) atau layari laman web www.maxis.com.my/apps.
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









