ARKIB : 30/04/2012
Gamat emas Pulau Pangkor
Siapa kata minyak gamat hanya boleh diperoleh di Langkawi, Kedah sahaja? Di Pulau Pangkor, Perak pun ada, malah lebih baik.
"Selama ini tiada siapa yang mengetahuinya kerana produk tersebut lebih popular di sana (Langkawi)," ujar Ishak Hanif, pengusaha produk berasaskan gamat di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor, Perak.
Ishak yang telah mengusahakan produk gamat secara turun temurun turut menerangkan bahawa gamat yang terdapat di sekitar pulau tersebut merupakan antara yang terbaik.
Terdapat 36 jenis gamat di sekitar Pulau Pangkor. Namun yang paling berkesan untuk dijadikan produk perubatan adalah yang dikenali sebagai gamat emas.
Tambahnya, gamat emas hanya terdapat di sekitar Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan, Perak.
Ishak yang mengusahakan tiga jenis produk berasaskan gamat emas iaitu air gamat, ibu gamat, dan minyak gamat berkata, kebiasaannya beliau menuai gamat emas sekitar kedua-dua pulau itu dua kali setahun.
Kaedah tradisional
Ia berikutan pada musim tersebut keadaan pasang surut air sekitar pulau berada dalam keadaan baik dan memudahkan kerja-kerja memungut gamat emas.
Bagi sekilogram gamat emas kering ia boleh mencecah sehingga 280 ekor. Jika berada dalam keadaan basah ia seberat 400 hingga 500 gram seekor.
Menurut Ishak yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan (PN), Pulau Pangkor, setelah dikumpulkan gamat tersebut akan direbus selama 45 minit dan dijemur selama tiga hari.
Gamat emas kering mampu bertahan selama empat hingga lima tahun dan ia boleh dijadikan sebagai produk ibu gamat.
Bagi menghasilkan air gamat, Ishak dan keluarganya menggunakan kaedah tradisional iaitu merebus gamat dan disimpan dalam tong selama tiga bulan.
Selepas tiga bulan, air gamat tersebut akan diproses sebulan sekali. Kemudian ia dibiarkan selama lapan hingga sembilan bulan baru dimasukkan ke dalam botol untuk dipasarkan.
Ketiga-tiga produk gamat yang dikeluarkan oleh Ishak dipasarkan ke seluruh negara. Malah ada pengunjung yang membeli secara terus di rumahnya.
Ishak yang telah mengusahakan produk gamat sejak muda mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui.
Antaranya produk gamat Pulau Pangkor kurang dikenali berbanding produk gamat Pulau Langkawi.
Namun, dengan bantuan promosi dan peralatan seperti tong simpanan, botol dan peralatan lain yang dihulurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), ia sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan pengeluaran produk gamat Pulau Pangkor.
Kini Ishak sedang dalam perancangan untuk membina sebuah bengkel khas bagi memudahkan dan memajukan perusahaan gamatnya.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk gamat Pulau Pangkor, boleh menghubungi Ishak di talian 012-5461476 atau datang terus ke rumahnya yang beralamat nombor 11, Kampung Telok Gedong, Pulau pangkor Perak (berhadapan dengan tapak warisan, Kota Belanda).
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









