VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 27/04/2012

Meteor ditemui di Amerika

NEVADA 26 April - Serpihan meteor yang ditemui di kaki pergunungan Sierra, utara California pada Ahad lalu dipercayai merupakan sebahagian daripada tahi bintang gergasi yang meletup dengan kekuatan satu pertiga letupan bom atom di Hiroshima semasa perang dunia kedua.

Pakar meteor dari Institut Geofizik dan Fizik Planet UCLA, John T. Wasson berkata, setiap serpihan batu itu mempunyai berat 10 gram, sama berat dengan duit syiling lima sen Amerika Syarikat.

Wasson berkata, satu daripada serpihan meteor itu ditemui berhampiran bandar Coloma, timur laut Sacramento.

“Saya percaya, lebih banyak serpihan meteor akan ditemui dan saya berharap akan menemui ketulan yang besar,’’ katanya.

Menurut pakar, tahi bintang yang terbakar itu berusia antara empat dan lima bilion tahun, sama dengan usia sistem solar dan dipercayai bersaiz sebesar sebuah van mini ketika memasuki atmosfera bumi dengan menghasilkan bunyi dentuman kuat pada Ahad lalu.

Letupan itu boleh dilihat dari Sacramento di California hingga ke bandar raya Las Vegas dan sebahagian utara Nevada.

Pegawai Jabatan Program Berhampiran Bumi NASA di Makmal Pelancaran Jet di Pasadena, California, Don Yeomans berkata, ia merupakan peristiwa yang berlaku sekali dalam tempoh setahun di seluruh dunia.

“Untuk melihat peristiwa ini adalah suatu perkara yang istimewa. Kebanyakan tahi bintang yang dilihat di langit pada waktu malam hanya bersaiz sebesar batu kecil dan sebutir pasir,’’ katanya.

Meteor itu dipercayai seberat 70 tan dan semasa ia berkecai, ia mungkin menghasilkan tenaga menyamai letupan lima kilo tan atau satu pertiga daripada kekuatan letupan bom atom di Hiroshima iaitu 15 kilo tan.

Meteor itu memasuki bahagian atas atmosfera bumi dengan kelajuan 80,000 kilometer sejam, lebih laju daripada kelajuan bunyi, sekali gus menghasilkan bunyi letupan.

Pengumpul meteor, Robert Ward dari Prescott, Arizona, berkata, dia menemui ketulan pertama tahi bintang itu pagi kelmarin, antara sebuah taman dan padang besbol di bandar Lotus. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.