VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 27/04/2012

Muda semula dengan Serdev

Teknik Serdev mampu mengangkat semula otot muka tanpa sebarang jahitan atau torehan.

BAGI peminat perubatan estetik sudah tentu ramai di antara kita yang gemar melakukan penyelidikan tentang teknik-teknik terkini dalam bidang yang menjadi semakin penting dewasa ini.

Perubatan estetik adalah satu cabang rawatan bagi orang yang sihat. Ia semata-mata bagi memenuhi keperluan masa kini yang inginkan kecantikan seiring dengan kesihatan.

Bukan semua di antara kita mampu mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit terutama pada usia melepasi 40-an.

Apabila usia meningkat timbullah kedut pada sekeliling mata, dahi dan sebagainya. Kedutan tentulah menyebabkan perubahan pada wajah dan ekspresi muka. Ia memberi ekspresi muka yang letih, sedih dan tidak riang.

Selari dengan perkembangan teknologi, kini ia mampu diatasi melalui kaedah estetik. Ia membantu menghilangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih segar dan ceria.

Ini bukan bermakna mengubah rupa paras hingga menjadi orang lain. Apa yang dilakukan ialah memelihara wajah agar sentiasa manis dan menarik. Di sinilah letaknya peranan perubatan estetik.

Secara saintifik muka disokong oleh otot-otot. Otot-otot itu semuanya digunakan untuk apa juga pergerakan yang membabitkan bahagian muka seperti sewaktu makan, meniup belon juga sewaktu senyum.

Otot yang tidak bergerak pada muka berfungsi untuk memegangkan muka. Apabila dimamah usia otot-otot menjadi kendur dan lembik membuatkan muka nampak berkedut dan jatuh.

Jika otot ini dapat ditegangkan semula, maka hasilnya muka kembali tegang dan nampak lebih muda.

Sementelah apabila usia menganjak angka ke 40-an semua otot mula longgar dan ke bawah.

Bolehkah otot-otot ditegangkan semula? Jawapannya boleh. Pernahkah anda mendengar Teknik Serdev?

Teknik Serdev dicipta oleh Dr. Nicholay Serdev dari Bulgaria. Dengan menggunakan teknik ini muka dapat diangkat semula tanpa sebarang jahitan dan torehan. Ia menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala. Benang ini menarik otot yang memegang semula muka.

Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja.

Setelah dibius doktor akan memasukkan benang dan menegangkan muka. Tidak ada rasa sakit dan keputusannya dapat disaksikan sejurus selepas proses Serdev selesai.

Benang yang dimasukkan diperbuat daripada protein dan dicampur dengan antibiotik.

Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah ditarik ke atas.

Kehebatan rawatan ini adalah ia tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak perlu dimasukkan ke wad hospital.

Anda cuma perlu datang ke klinik dan dalam masa satu jam rawatan telah selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kedut dan kendur.

Begitu mudah bukan? Teknik ini dinamakan juga sebagai express face lift disebabkan prosedurnya yang pantas.

Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method.

Kesan yang sangat kecil tersembunyi di bawah rambut dan tiada siapa tahu mengapa seseorang itu tiba-tiba tampak muda dan jelita.

Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh dan kelopak mata yang kendur bagi menjadikan mata lebih luas terbuka.

Teknik ini digunakan dengan meluas di Barat terutama Eropah. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi.

Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan juga mencantikkan hidung.

Di negara kita bidang estetik masih baru dan banyak ruang yang perlu diterokai. Namun begitu doktor tempatan giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi Marissa Esthetik di talian 03-87234808.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.