ARKIB : 25/04/2012
Rakyat perlu hargai sumbangan pakar bius
KUANTAN 24 April - Rakyat perlu menghargai sumbangan pakar anestesiologi atau pakar bius yang selama ini menjadi tulang belakang kepada setiap pembedahan demi menyelamatkan nyawa setiap pesakit di negara ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rakyat negara ini beruntung kerana kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan setanding dengan negara-negara maju termasuk mempunyai pakar bius yang mampu memberi khidmat terbaik.
“Bukan mudah untuk menjadi seorang pakar bius kerana mereka yang ingin melaksanakan kerja ini perlu merupakan pekerja mahir selain terpaksa bekerja lebih 60 jam seminggu.
“Mereka perlu teliti dalam memastikan setiap pembedahan berjalan lancar, kerana sedikit kesilapan dalam pemberian ubat bius boleh membahayakan nyawa pesakit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik 2012 (ASM 2012) anjuran Persatuan Pakar Bius Malaysia dan Kolej Pakar Bius dan Akademi Perubatan Malaysia di sini baru-baru ini.
Hadir sama Presiden Persatuan Pakar Bius Malaysia, Datin Dr. V . Sivasakthi; Presiden Kolej Pakar Bius, Akademi Perubatan Malaysia; Prof. Madya Datin Dr. Norsidah Abdul Manap dan Pengerusi penganjur ASM 2012, Dr. Asmarawati Mohamad Yatim.
Mesyuarat tahunan selama tiga hari bermula hari ini itu dihadiri 870 peserta terdiri daripada ahli Persatuan Pakar Bius Malaysia, pakar-pakar perubatan dan bius dari seluruh negara.
Adnan berkata, tugas seorang pakar bius sangat kompleks kerana selain memberi ubat bius sebelum pembedahan mereka turut bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang berlaku ketika pembedahan dijalankan.
Tiga anak Felda tawan Everest wajar diiktiraf
Jadikan tiga pendaki Gunung Everest sebagai ikon belia Pahang
Kerajaan BN tetap salur bantuan
Manfaatkan sumber tempatan
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik
40 balai bomba bantuan
Suami tabah jaga isteri sakit, anak OKU
Tumpu keperluan generasi baharu
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









